Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 29, 2020 @ 2:22pm

“Dah Berusia Pun Tak Berkurang Cantiknya,”- Netizen Kagum Dengan Kecantikan Seniwati Sarimah Walaupun Sudah Berusia 78 Tahun

Siapa sahaja yang tidak mengenali seniwati Dato’ Sarimah Ahmad. Beliau sering muncul dalam filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti Madu 3, Ali Baba Bujang Lapok , Tiga Abdul dan banyak lagi. Aura dan kecantikan yang dimilikinya menjadikan beliau masih diingati sehingga hari ini sebagai seorang primadona filem melayu suatu masa dahulu.

Baru-baru ini nama beliau menjadi sebutan netizen apabila seorang pengguna twitter yang menggunakan tweet handle @sadiqasque memuatnaik foto-fotonya bersama Dato Sarimah. Sadiq yang juga merupakan cucu kepada Dato’ Sarimah telah memuatnaik beberapa foto bersempena ulangtahun kelahiran nendanya yang ke 78.

“Growing up, I want to be her so much. Tok is 78 and she’s always looking stunning. Sedih tak dapat celebrate sekali tahun ni. May Tok always be healthy and beautiful. I love you Tok!,”

Ciapan yang dimuatnaik pada 28 April ini telah meraih lebih 11k retweet dan 20k likes. Ternyata generasi hari ini masih mengenali penglibatan beliau di dalam perfileman melayu klasik walaupun filem-filem yang dilakonkan oleh beliau sudah berdekad lamanya.

Cantiknya! What a legend

Rata-rata netizen memuji kecantikan dan kehebatan lakonan beliau sepanjang penglibatannya sebagai seorang pelakon. Walaupun dalam usia 70-an kini, beliau tetap kelihatan anggun dan mempesonakan.

Kredit foto: Twitter @sadiqasque
Kredit foto: Twitter @sadiqasque
Kredit foto: Twitter @sadiqasque

Tidak dinafikan, Seniwati Dato Sarimah sememangnya seorang pelakon yang jelita sewaktu era zamannya dahulu.

Kredit foto: Twitter @sadiqasque
Kredit foto: Twitter @sadiqasque

Selamat ulangtahun yang ke 78 Seniwati Dato’ Sarimah. Semoga sentiasa berbahagia dan sihat selalu ya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

Featured Thu, 28 Dec 2023
Kisah Viral Tue, 8 Apr 2025

“Rasa Nak B*nuh Orang Saja, Lantaklah Hidup Ke M*ti” – Polis & Saksi Dedah Mesej Pada Hari Zayn Rayyan Hilang

Hasil analisis mendapati salah satu telefon yang dirampas menggunakan iCloud atas nama Ismanira, manakala telefon kedua menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.

Trending Fri, 6 Nov 2020
Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ada Ramai Netizen Suka Bantai Di Media Sosial, Jangan Sebar Fitnah Nanti Muflis Di Akhirat”- Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya dalam mengutarakan beberapa isu yang tular di media sosial. Menurut Datuk Rosyam Nor, terdapat banyak berita yang tular di media sosial yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang “Ada […]

error: Content is protected !!