Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 14, 2024 @ 2:04pm

“Dah Masuk List Blockout Baru Terhegeh-Hegeh Nak Upload… I Don’t Trust You, You’re Not Sincere – Ramona Zam Zam 

Pelakon Ramona Zam Zam menyifatkan golongan selebriti yang mula berkongsi dan bersuara soal situasi yang melanda rakyat Palestin kini adalah tidak ikhlas.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Ramona berkata, dia senang melihat sesetengah selebriti sudah mula berkongsi soal penindasan tersebut di media sosial masing-masing selepas senarai gerakan boikot selebriti dilancarkan baru-baru ini.

“Love what I’m seeing right now. Some of you never posted a single thing about it sekarang dah masuk list blockout baru terhegeh-hegeh nak upload.

“But you know what… I dont trust you. You’re not sincere. You never cared. Not gonna be fooled by your last minute posting,” tulis Ramona.

Ujar Ramona lagi, golongan selebriti tersebut hanya mementingkan kekayaaan dan kemegahan sahaja dan bukannya soal kemanusiaan.

“Sekarang baru nak cakap pasal Gaza whereas all these while you should have at least use your platform to speak about it.

“Oh well, you’re not the one who’s being killed & bombed. All you care is money & fame. All you money suckers, you’ll never find true love.

“Who cares about dying children eh! Living a good life idgaf they said talented or not, let see how you’re goin down the drain,” coretnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon itu turut memberi pesanan kepada wargamaya agar berhenti mengecam golongan selebriti tersebut.

“Dan netizen pun, tak payah la nak maki kecam on their page, if you’re sincere about your intention and wanna block them, do it professionally, be civilized for god’s sake.

“Sama mcm korang boycott starb, tapi drive thru pergi prank orang yang kerja kat situ. For what? Did you realize how stupid that is? Terpaling suci kah kau pegi kacau orang yang tengah kerja? Defeats the whole purpose!,” pesannya.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019
TECH Tue, 13 Nov 2018

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Penggunaan ‘hard disk’ amat terkenal pada abad ini. Banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda ingin membeli ‘hard disk’.

Events Sun, 2 Dec 2018

关菊英要演陈展鹏女友?陈展鹏:等我先练好演技

关菊英和陈展鹏来马开唱!首次合作登上云顶舞台的两人,让关菊英直言希望影视上也有机会合作,且还要演对方女友,让陈展鹏听后回应“等我练好演技先吧!”

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Comel! Maternity Photoshoot Anas Ridzuan Curi Perhatian Netizen

Apa yang menarik perhatian, photoshoot ini berlainan dengan Maternity photoshoot yang pernah kita lihat sebelum ini. Kalau nak tahu, jom kita sama-sama tengok Maternity Photoshoot Anas dan Ana Syuhada!

Hiburan Mon, 14 Nov 2022
error: Content is protected !!