Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 13, 2024 @ 4:08pm

Wardina Safiyyah Dah Tak Tahan, ‘Block’ Semua Artis Yang Membisu Soal P*lestin – “Why Do You Follow People Like This? Sudah Lah” 

Bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah mengambil pendekatan untuk menyekat akaun Instagram (IG) semua selebriti tempatan yang membisu soal Palestin.

Menerusi kelantangannya bersuara di platform sosial media tersebut, Wardina membuat satu hantaran dengan meminta pengikutnya menamakan selebriti yang tidak bersuara mengenai konflik tersebut.

“Saya rasa kita patut sekat artis muslim tempatan yang tidak bersuara langsung untuk berlaku adil. Namakan mereka.

“Mereka perlukan anda untuk menyembah mereka. Kita tidak perlukannya. Berkongsi tentang betapa kayanya dan hebatnya kehidupan mereka tidak menjadi perhatian kita.

“Sekurang-kurangnya kongsilah satu perkongsian. Sekurang-kurangnya kesedaran atau sesuatu berkaitan.

“Saya tidak kisah tentang kehidupan peribadi anda. Kita sepatutnya tak peduli! Ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup.

“Kita berada dalam salah satu keadaan yang paling sukar dan mencabar dalam sejarah! Saya mengambil berat tentang kemanusiaan anda,” tulis Wardina.

Wardina yang pernah membintangi filem Lagi-Lagi Senario itu turut seronok menyekat akaun-akaun selebriti tersebut malah menegaskan dia berasa bangga berbuat demikian.

“Why do you follow people like this? Sudahlah korang. Come on.

“Million of followers but not a single post. Do we live on the same world? Do you not see what I see?

“I don’t even follow them but I’m blocking anyways. Sometimes I stop to see what they post but ok… block.

“I don’t care, I’ll do my part and be proud of myself! Omg best nya rasa block diorang ni,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Wardina turut mengajak semua agar terus memberi sokongan dan bersuara mengenai Palestin dan hentikan sikap taksub kepada selebriti.

“Sorry tak tahan dah. Sudah cukup. Dan inilah perasaan “saya”. Jika anda bersama dengan saya. Kita berada di halaman yang sama. Katakan sesuatu.

“Jika anda tidak, teruskan menyembah mereka, ikuti mereka, tiada siapa yang menghalang anda.

“Sejujurnya zaman berubah. Fokus pada perkara yang penting. Ubah! Sertai pergerakan. Perkasakan diri anda. Tamatkan pemujaan dan ketaksuban terhadap selebriti. Untuk kebaikan,” tutupnya.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

SHINee’s Minho Will Be Enlisting into the Military in April!

Fans are excited to see Minho serving the country.

Trending Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Mon, 19 Jan 2026

Aedy Ashraf Enggan Ikuti Trend Throwback Tahun 2016 – “Kalau Lupakan Adakah Hidup Akan Jadi Baik Atau Sebaliknya?”

Aedy Ashraf tidak menafikan dia terinspirasi melihat perjalanan hidup orang lain

Hiburan Wed, 29 Oct 2025

“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose

Kamal Adli sebak dan terharu netizen bantu pujuk Uqasha Senrose

Hiburan Sun, 7 Jan 2024

Terkilan Tak Dapat Hadir Ke Majlis Pengebumian, Shamsul Ghau Ghau Masih Belum Dapat Proses Berita Pemergian Arwah

Tak ada rezeki Paksu nak tengok arwah buat kali terakhir. Salam takziah buat keluarga Hamdan Senario

Hiburan Thu, 1 Mar 2018

Jangan Salah Anggap, Saya Bukan Gila Glamour

Saya dapat rasa individu itu baik orangnya. Macam ni lah, situasinya macam kita naik kereta. Bila di  luar kereta, baik saja kelakuannya. Tapi lain pula jadinya, bila tengah memandu…terkeluar segalanya!

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022

Mona Allen Nak ‘Cop’ Anak Che Ta Jadi Menantu?

Manis Aaisyah ni, ramai peminat! Hihiii 🤩☺️

error: Content is protected !!