Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 6, 2023 @ 2:30pm

Syukur Terima Bantuan Bulanan, Zaiton Sameon Harap Dapat Undangan Nyanyian – “Saya Percaya Pada Rezeki Allah”

Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon meluahkan rasa syukur apabila urusan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) selesai.

Menurut laporan Harian Metro, Zaiton juga berharap dia dapat menerima undangan nyanyian kerana menganggap nyanyian adalah sumber pendapatannya.

“Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Allah di atas rezeki ini. Saya hanya mampu bersyukur selepas kesusahan hidup dialami disuarakan dan semoga ada tawaran menyanyi juga.

“Saya ingin terus menyanyi kerana ia sumber pendapatan utama, namun buat masa sekarang, tidak ada tawaran undangan yang diterima lagi. Apapun, saya percaya pada rezeki Allah buat saya.

“Kini, saya masih menunggu jawapan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerusi Rumah Selangorku yang ditawarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada saya,” katanya.

Tambah Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan ini lagi, dia pernah membuat permohonan bantuan rumah PPR tahun lalu kerana berasa layak menjadi penerima.

“Saya pernah memohon rumah PPR di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu, tapi sampai sekarang tiada jawapan dan saya masih terus menunggu.

“Begitu juga, jawapan pihak berkenaan yang menawarkan Rumah Selangorku pun belum memberi maklum balas terkini,” katanya.

Terdahulu, Zaiton menerima bayaran pencen bulan pertama, RM500 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), dua hari lalu yang dipimpin Pengerusinya, Datuk DJ Dave.

September lalu, Zaiton meluahkan kisahnya yang memerlukan bantuan kewangan bulanan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup dihadapi kerana kekurangan tawaran menyanyi.

Tragedi hitam menimpa Zaiton setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam insiden dengan sebuah lori pada Februari 1990.

Susulan daripada itu, dia telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas.

Ramai juga mendoakan agar penyanyi tersebut diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat menghiburkan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ramai Tersentuh Tengok Zaiton Sameon Perform Lagu Menaruh Harapan – “Kisah Hidup Kak Ton Sangat Menyayat Hati”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Syawal Tetap Ceria Walau Tanpa Suami

Alhamdulillah, anak sudah besar dan mereka faham situasi yang berlaku, tanpa perlu saya menjelaskan apa-apa.

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

Events Fri, 28 Mar 2025

Iftar Eksklusif ‘Keluarga Itu’ Cipta Memori, Istimewa Peminat Bertemu Barisan Pelakon

Majlis iftar ini bukan sekadar sesi berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi peluang istimewa buat peminat untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan para pelakon kegemaran mereka.

Featured Wed, 18 Jan 2023

Saharul Ridzwan Sebak Terkenang Pitt Hanif, Terkenang Kata-Kata Arwah

Pelakon Saharul Ridzwan masih terasa dengan pemergian pengarah filem berbakat, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif. Ditemui XTRA pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di […]

Trending Wed, 2 Jan 2019

Mahathir Dinobatkan ‘Muslim Man Of The Year’, Tersenarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai ‘Muslim Man of the Year’ dalam buku The Muslim 500 yang menyenaraikan 500 individu muslim berpengaruh di dunia setiap tahun.

error: Content is protected !!