Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal January 18, 2023 @ 2:44pm

Saharul Ridzwan Sebak Terkenang Pitt Hanif, Terkenang Kata-Kata Arwah

Pelakon Saharul Ridzwan masih terasa dengan pemergian pengarah filem berbakat, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif.

Ditemui XTRA pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang semalam, Saharul mendedahkan arwah Pitt telah menjalankan tugas sebagai pengarah dengan baik.

“Dia seorang pengarah yang baik. Ada satu kata-kata yang saya ingat arwah Pitt cakap dengan saya, ‘Rul, filem ni gonna be something big for you!’

“Dia cakap macam tu kat saya, esoknya dia meninggal. Arwah Pitt meninggal selepas hasil kerja directing dia habis, dia habiskan cerita ini,” katanya kepada XTRA.

Saharul juga sempat menghadiahkan Al-Fatihah sebelum memulakan majlis sebagai hadiah buat arwah yang telah banyak berkorban dalam menghasilkan filem ini.

“Saya ada satu azam yang saya cakap tadi, setiap kali saya nak bercakap, saya minta untuk hadiahkan Al-Fatihah pada arwah,” kata Saharul.

Selain Saharul, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang dibintangi oleh Julia Farhana Marin, Adlin Aman Ramlie, Hazama dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton di panggung wayang bermula 2 Februari 2023.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di […]

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

Puteri Sarah turut menasihatkan Dr. Fie agar tidak terburu-buru serta tidak mendedahkan sebarang perancangan kepada pihak lawan

Hiburan Fri, 18 Oct 2019
Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Fathia Latif Terima Padah Akibat Lantang Bersuara Di Media Sosial?

Fatiya dilihat sering meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial twitter dan instagram. Selepas menerima arahan untuk tampil memberi penjelasan oleh SKMM, Fatiya berang dan mempersoalkan perkara berkenaan.

Hiburan Sat, 30 Jul 2022
error: Content is protected !!