Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 4, 2024 @ 7:04pm

[VIDEO] Shila Amzah Pelik Tercalon Top 20 Artis Sensasi Popular ABPBH – “Saya Adalah Penyanyi, Tolong Undi Orang Lain, Jangan Saya…”

“Lebih rela anda undi Bella Astillah,” demikian respons penyanyi, Shila Amzah yang tercalon di bawah top 20 Kategori Artis Paling Sensasi Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-36.

Menerusi video siaran langsung, Shila mempersoalkan bagaimana namanya boleh tercalon di bawah kategori tersebut sedangkan dia tidak mempunyai sebarang isu sensasi.

“Saya masuk ABPBH tapi kategori artis paling sensasi. Benda tu pelik, faham tak.. Saya tak menciptakan isu yang sensasi.

“Saya lebih rela anda undi selebriti lain seperti Bella Astllah, Ruhainies ke… Saya tak nak terkenal sebagai artis sensasi, saya adalah penyanyi,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi siaran langsung sama pelantun lagu popular Patah Seribu ini turut menyeru pengikutnya untuk tidak mengundinya dalam kategori tersebut.

“Tolong jangan undi saya, jangan… Saya tak tahu apa saya akan rasa sekiranya saya menang walaupun saya tahu tak akan menang. Tapi cuba bayangkan saya letak trofi artis sensasi di kabinet trofi-trofi saya yang laiin…macam… faham tak sedangkan saya ni penyanyi.

“Buat tak nampak je nama saya kat situ okay. Kalau lepas ni saya tercalon untuk penyanyi wanita baru undi,” katanya lagi.

Shila Amzah

Shila tercalon top 20 di bawah Kategori Ekstra Tonton Paling Popular iaitu Artis Paling Sensasi termasuklah selebriti, Aliff Aziz, Bella Astillah, Sophia Albarakbah, Puteri Sarah Liyana, Syamsul Yusof, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Mempertandingkan 16 kategori utama, pemilihan artis dan selebriti kegemaran boleh dilakukan bermula Khamis lalu hingga 30 September menerusi laman web ABPBH 36 di www.abpbh.com.my.

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Sayang, Fauziah Sarman Titip Ucapan Ulang Tahun Pada Shila Amzah –  “Mak Doakan Kakak Jadi Isteri & Ibu Yang Baik”

Artikel Berkaitan: Ibu Dakwa Terguris Hati Kena Maki, Syafiq Minta Shila Amzah Mohon Maaf – “Jangan Bongkak Sangat Kat Dunia Ni!”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Dedah Derita Shila Amzah – “Tanggung Bekas Suami, Bekerja Di Awal Usia 10 Tahun, Tak Pernah Pegang Duit, Kad Bank & IC Sendiri Sehingga…”

Dapatkan tiket untuk menonton ABPBH 36 secara langsung di https://ticket.revid.my/event/abpbh-2024

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Kifarah Is Real” – Bekas Rakan Baik Tegur Rebecca Nur Al-Islam, Dakwa Sudah Penat Menasihati?

Akaun @hada_princess96 memberi pesanan terbuka agar Rebecca tidak bersikap sombong

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Ben Ladin Digelar Pengkid, Kenapa Agaknya?

Apapun, bagilah peluang buat artis muda kita ni berkarya, dan jangan suka mengutuk tanpa usul periksa. Ingat tu!

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Al- Fatihah… Wafa Abdul Kadir Meninggal Dunia

Al-Fatihah…selepas lima tahun berjuang melawan kanser, Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Featured Fri, 17 Apr 2026

“Yang Lagi Teruk Kalau Orang Buat Palatao” – Yusuf Bahrin Kunci Mulut Isu Wujud Orang Ketiga Punca Cerai Bersama Zizi Kirana

Yusuf Bahrin enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan mahupun isu yang dibangkitkan orang luar berkenaan wujud pihak ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Zizi Kirana.

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Featured Wed, 19 Jan 2022

Makan Besar Malam Tahun Baru Cina Dibenarkan

Jaga SOP & jaga keselamatan orang yang tersayang!

Trending Fri, 7 Aug 2020
error: Content is protected !!