Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 21, 2019 @ 9:00am

‘ Ramadan Kali Ini Paling Sukar’-Isteri Ammar Alfian Kecewa Ditipu

Isteri kepada pelakon filem Paskal, Ammar Alfian mendakwa pelakon itu curang dengannya yang kini hamil enam bulan.

Nelissa Nezam yang hamil anak pertama mereka memuat naik status di dalam bahasa Inggeris itu di Instagram hari ini.

“Malangnya, suami yang saya kahwini sejak tiga tahun lalu curang ketika saya hamil enam bulan,” tulisnya di Instagram.

 Nelissa berkata, selepas mengetahui perbuatan suaminya, dia berasa seluruh dunianya hancur dan tidak mampu menempuhi dugaan itu.

“Ramadan ini menguji saya dalam cara yang tidak pernah saya jangkakan. Syukur, saya menjumpai kekuatan menerusi sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat.

“Mereka membantu saya mengutip semula serpihan yang dia hancurkan,” katanya.

Nelissa berkata, dia sama sekali tidak menyangka dirinya berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.

“Saya percaya, setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan Allah mempunyai rancangan terbaik untuk saya dan anak. Walaupun Ramadan kali ini adalah yang paling sukar, namun saya berterima kasih atas segala perkara kerana mengajar dan akan terus memberikan pengajaran. Bermula dari sini, ia akan menjadi lebih baik,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar alat penguji kehamilan selain tanda pagar #ibutunggal.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadamkan beberapa jam selepas dimuatnaik.

Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.- Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Aug 2024
Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Events Fri, 18 Oct 2024

Malam Kemuncak Semakin Hampir! Ini Antara Senarai 5 Lagu Finalis #XTRAXSTAR2024

Wah, mantap juga pemilihan lagu finalis kita ni ek!

Hiburan Tue, 9 Oct 2018

’ Tak Suka, Tak Ada Masalah…Tapi Jangan HINA’, Syura Bengang Single Baru Diperlekeh?

Tulis penyanyi berusia 32 tahun ini di Instagramnya, dia boleh menerima teguran khalayak asalkan ia tidak bersifat menghina.

Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!