Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 15, 2022 @ 8:41pm

Ingin Lebarkan Sayap Di Malaysia, Andry Darwisy Harap ‘Rela Aku Rela’ Cipta Magis!

Bintang muda baharu, Andry Darwisy yang dikenali menerusi program Youth Got Talent 2012 terus mengorak langkah dalam industri hiburan Singapura dan kini bernaung di bawah syarikat Boss Production selepas menjadi juara pertandingan Who’s The Boss Singing Competition yang diadakan tahun lalu.

Menerusi pertandingan itu, kelebihan dan bakat nyanyian dimiliki Andry membuatkan dirinya layak muncul dengan single pertama iaitu Rela Aku Rela.

Rela Aku Rela kini sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital sejak 27 Oktober lalu.

Menurut Andry, single ciptaan Wanz Baronz itu diharapkan dapat mencipta magis bukan saja dalam kerjaya nyanyian tapi juga secara peribadi.

“Alhamdulillah, selepas memenangi pertandingan nyanyian Who’s The Boss Singing Competition anjuran Boss Production pada tahun lalu, saya kini artis di bawah naungan Boss Production. Syukur, single pertama saya, Rela Aku Rela sudah dilancarkan secara rasmi. Lagu ini mendapat sentuhan oleh Wanz Baronz yang juga pengubah lagu yang dinyanyikan oleh beberapa asrtis terkenal seperti Saleem, Kristal, Wany Hasrita dan Awis Spin,” ujar Andry.

Malah, berbekalkan single Rela Aku Rela, Andry turut memasang cita-cita untuk melebarkan kerjaya nyanyiannya di Malaysia.

“Sudah tentu ini adalah impian dan cita-cita saya agar dapat mengembangkan kerjaya di Malaysia. Insya-Allah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

Events Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

error: Content is protected !!