Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 14, 2021 @ 2:25pm

Diskaun Kompaun Sebanyak 50 Peratus Sepanjang Ramadan Ini – MBSA

Bagi mana-mana individu yang mempunyai kompaun dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) digalakkan untuk  mengambil peluang menyelesaikan tunggakan mereka menerusi Kempen Pengurangan Kompaun dianjurkan sepanjang Ramadan ini.

Menurut, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, pelaksanaan kempen pengurangan kompaun itu bermula semalam hingga 12 Mei ini dengan kadar sehingga 50 peratus pengurangan daripada bayaran sebenar kompaun dikenakan.

“Ini adalah inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan orang kena kompaun (OKK) menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal menyelesaikan tunggakan itu”

Jenis kompaun yang layak menerima diskaun 50%

Antara jenis kompaun yang layak menerima pengurangan sehingga 50 peratus adalah kesalahan mengikut Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005- Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005- Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007.

Selain itu, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007- Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007- Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007, juga tidak terkecuali dari menerima pengurangan ini.

Manakala, bagi kompaun Tempat Letak Kereta (Perintah Pengangkutan Jalan MBSA) akan diberikan pengurangan sehingga RM30 daripada jumlah asal di semua kaunter pembayaran MBSA.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-55222882 atau 03-55105133 ATAU layari portal MBSA di eps.mbsa.gov.my.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

Featured Fri, 1 Sep 2023

[VIDEO] Muka Amelia Henderson ‘Meluat’ Temubual Abang Tesla, Netizen Komen: “Ketara Tahan Geram, Tetap Profesional”

Fuhh, ketat betul muka Amelia tahan geram.. Min faham mesti susah nak kawal reaksi muka kan tapi syabas kekal profesional!

Featured Thu, 25 May 2023
Hiburan Wed, 8 Nov 2023

Terlalu Mesra & Bermulut Manis, Netizen Mula Meluat Layan Sikap Terlampau Peramah Jaa Suzuran?

Eh! Mesra pun salah? Kalau tak ramah, cakap sombong pulak… memang susah nak puaskan hati semua orang. Jadi diri sendiri jer✅🫶🏻

Trending Fri, 25 Sep 2020

Hanya Tiga Jam Masa Diberikan Untuk Jemaah Tunai Umrah

Peringkat pertama bermula 4 Oktober ini!

Featured Thu, 27 Nov 2025

Syafiq Kyle Beli Kereta Mewah Jenis Mercedes G Wagon – “Ini Baru Ada Gaya”

Video berdurasi 32 saat yang dikongsikan memperlihatkan Fuad telah menyerahkan sendiri kereta pacuan empat roda jenis Mercedes G Wagon 350d AMG milik aktor itu.

error: Content is protected !!