Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 9, 2023 @ 2:43am

“Alhamdulillah, Kebenaran Akhirnya Berpihak” – Ahli Parlimen PAS Mohon Maaf Kepada Baby Shima

Ahli Parlimen Kuantan (PAS), Wan Razali Wan Nor membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang didakwa mengkritik pembabitan penyanyi Baby Shima memeriahkan program Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Sungai Isap Damai, Kuantan yang berlangsung pada 18 Februari lepas.

Menerusi hantaran Facebook milik Razali, kehadiran Baby Shima pada acara itu tidak seperti yang digambarkan banyak pihak sehingga mendesak agar pembabitan penyanyi sensasi itu dibatalkan.

“Pada 18 Februari, Baby Shima hadir dalam program terbabit dan membuat persembahan menyanyikan beberapa lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

“Saya percaya penampilan terbabit adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan boleh diterima oleh masyarakat sekitar.

“Penampilan terbabit sekali gus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum persembahan itu. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit.

“Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit dan menarik balik kenyataan pada hantaran saya yang disiarkan pada 17 Februari lalu.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” tulisnya.

Terdahulu, Razali melalui Facebook mendakwa susulan menerima banyak aduan, pihaknya menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Sungai Isap.

Dalam hantaran terbabit, Razali turut menyebut penyanyi Pura Pura Bujang itu selalu terkait dengan isu moral dalam persembahannya dan melanggar tatasusila serta adat ketimuran.

Dalam pada itu, Baby Shima menerusi kemas kini Instagram meluahkan rasa syukur apabila kebenaran berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah, kebenaran akhirnya berpihak pada Shima. Moga menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati apabila berkata-kata,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Malaysia Dijangka Hadapi Gelombang Baharu COVID-19 Disember Ini

Ya Allah, lindungi keluarga dan negara kami♥

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Pengasas Kate Spade Ditemui Mati Tergantung

Walaupun Kate sudah tidak lagi menjalankan sebarang urusan dengan Kate Spade sejak lebih sedekad lalu, namun Kate dan suami Andy merupakan pengasas dan pencipta kepada jenama yang disayangi ramai ini. Kate akan terus dirindui…

Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Fri, 16 May 2025

Mental Terganggu, Siti Jamumall Bidas Tuduhan Cerai Cuma Gimik

Siti Jamumall tegur akaun Jodoh Finder, nafi cerai untuk marketing

Featured Mon, 18 Oct 2021

Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu. Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics. […]

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

香港「最强气势」舞台剧《秘密》3月30日席卷云顶

风靡一时的《溏心风暴》系列核心演员李司棋、米雪、夏雨、阮兆祥携手实力派演员江美仪和刘锡贤于3 月30 日席卷云顶,上演《秘密》舞台喜剧!

error: Content is protected !!