Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 30, 2020 @ 8:11am

Sebak! LCK2 Jadi Saksi Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur Kerana Ziana Zain

Pentas minggu ketiga program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) menjadi saksi tumpahnya titis jernih air mata hos popular, Azwan Ali.

Tangisan Azwan tak dapat ditahan apabila berbicara mengenai hubungan baiknya dengan penyanyi Ziana Zain yang tampil sebagai tetamu undangan LCK2.

Menerusi program terbabit, rakan hos LCK2, Elly Mazlein meminta Azwan memberikan komen mengenai hubungan Azwan dengan Ziana.

Menjawab persoalan terbabit, Azwan mula menceritakan kisahnya bersama Ziana dengan linangan air mata.

“Ziana… Saya dah kenal lama. Jangan judge kami dan saya hormat dia sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal.

“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” luah Azwan dalam keadaan sebak.

Sementara itu, Ziana turut mendedahkan orang lain mungkin tidak mengenali Azwan sebagaimana dia mengenali lelaki itu.

“Orang kalau tak kenal Azwan, mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan dia macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat.

“Walaupun bertahun saya tak jumpa Azwan, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” kata Ziana yang turut sama sebak.

Setakat ini, video terbabit sudah mendapat lebih 100,000 tontonan di laman YouTube.

Jom tonton video penuh tangisan Azwan dan Ziana di bawah:

Jangan lupa saksikan LCK2 setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Gunakan #LaguCintaKita2 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bakal Sajikan Lebih 20 Lagu, Amy Search Sedia ‘Menggila’ Atas Pentas Axiata Pada Konsert Solo Pertama!

Bertemakan Rock It Like Amy, konsert ini bakal berlangsung selama dua jam

Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Trending Tue, 23 Jan 2018

马来西亚农历新年「6大专属文化」

“换上新春联,迎接最旺的一年,都是wonderful moment……”有没有觉得无论都走到哪个角落,似乎都可以听到新年歌,那代表农历新年即将来临咯!除了听新年歌和拜年之外,到底马来西亚农历新年还有哪些专属「文化」呢?

error: Content is protected !!