Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 11, 2024 @ 4:37pm

“Sengaja Tak Bayar Walaupun Mampu, Masih Peragakan Kemewahan” – Asyraf Wajdi Bertegas Tiada Istilah Pilih Bulu Terhadap Peminjam MARA

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada istilah ‘pilih bulu’ terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap peminjam-peminjam yang culas membayar.

Menerusi sebuah kenyataan di Facebook miliknya, Asyraf berkata pihak MARA telah memberikan ruang dan peluang kepada peminjam untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil ke atas mereka.

“MARA tidak sewenangnya mengambil tindakan terhadap pinjaman yang culas atau memilih bulu dalam tindakan. MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang.

“Malah, sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘IHSAN’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA beruding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Asyraf turut menjelaskan pihak MARA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang culas membayar, terutamanya apabila mereka masih boleh menunjukkan kemewahan di media sosial.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan.

“Bermakna tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula,” ujarnya.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan dakwaan mengatakan selebriti, Rozita Che Wan gagal membayar hutang berjumlah hampir RM1 juta terhadap MARA.

Artikel Berkaitan: Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Artikel Berkaitan: Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Artikel Berkaitan: Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024
Featured Sat, 29 Jun 2024

Nora Danish Beri Bayangan Sudah Berhijab?

Sama-sama kita doakan yang baik buat Nora✨

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tak Hirau Kecaman Netizen Pertikai Kelayakan Jadi Artis Pemanas Pentas, Bunga Tetap Bangga…Akhirnya Pengorbanan Ibu Terbalas!

“Ini semua kerana mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” – Bunga

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Fattah Teruja Bawa Fazura Balik Kampung

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk memperkenalkan isteri kepada saudara-mara yang belum pernah bertemu Fazura. Wah, mesti best kan, pertama kali bawa isteri round kampung!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Featured Wed, 26 Nov 2025

Pilih Nama Tara Svara, Isteri Noh Salleh Selamat Lahirkan Baby Girl

Noh, 40, mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga terhadap kehadiran zuriatnya itu.

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
error: Content is protected !!