Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 11, 2024 @ 1:01pm

Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

Berpunca daripada gagal membayar hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta terhadap Majlis Amanah Raya (MARA), pelbagai barangan milik aktres terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta itu berjumlah  RM100,000 telahpun disita.

Selain penilaian terhadap harga barangan, wakil peguam juga telah menyerahkan writ kepada ibu pelakon itu memandangkan ketika serbuan dibuat Che Ta tiada di rumah.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi.

“Tarikh lelongan sudah ada, tetapi kita tunggu surat selanjutnya dari mahkamah,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Dalam pada itu, pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abd Wahab menerusi hantaran di ruangan Instagram nya memohon agar netizen memberikan sedikit ruang sebelum dia tampil dengan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

“Assalamualaikum, tolong berikan masa saya akan kembali dengan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Terima kasih,” tulisnya.

Tidak habis disitu, menerusi hantaran berlainan Afeeq dilihat berkongsi kata-kata positif sekaligus menzahirkan sokongan terhadap sahabatnya itu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 May 2025

Trend Kedai Kopi… Pahitnya Realiti Bak Secawan Kopi

Ramai yang terjun ke dalam perniagaan tanpa sebarang asas ilmu .

Trending Fri, 24 Jul 2020
Featured Fri, 13 Mar 2026

Syatilla Melvin Kongsi Pengalaman Ibu Bertemu ‘Mimpi Paling Indah’ – “Pokok-Pokok Seolah Bersujud”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pengalaman mimpi yang dilalui ibunya sekali gus disifatkan sebagai antara kenangan paling indah pernah diceritakan susuk itu dalam keluarga mereka.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Yazit Ahmad Buntu Cari Duit Biaya Kos Pembedahan Anak

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan jantung anak keudanya, Shahmirnuri. Kata Yazit, pelbagai ikhtiar telah dilakukan termasuklah menjual dua kereta kepunyaanya dan anak sebagai langkah […]

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

泰星小鲜肉Lee和女神Mook 10日来马宣传

泰剧《我亲爱的失败者之怪物浪漫》男女主角小鲜肉Lee及女神Mook,将于8月10日来马展开2天1夜的浪漫宣传之旅。

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Johan Jalin Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Dapat Idea Kerjasama Di Tepi Padang Bola

Johan menjalin kolaborasi istimewa bersama Datuk Fazley Yaakob.

Hiburan Sun, 26 Jan 2025

Terima Mas Kahwin 300 Dollar Brunei, Anis Al Idrus Selamat Bernikah

Tahniah Anis Al Idrus, selamat pengantin baru!

error: Content is protected !!