Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 26, 2025 @ 9:55pm

Terima Mas Kahwin 300 Dollar Brunei, Anis Al Idrus Selamat Bernikah

Pelakon dan pengacara Anis Al Idrus dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan berasal dari Brunei bernama Halim dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam, semalam.

Berita perkahwinan itu disahkan sendiri oleh Anis menerusi hantaran ulang (repost) di Instagram Story yang memaparkan foto dan video daripada rakan-rakan serta ahli keluarga yang menghadiri majlis istimewa tersebut.

Dinikahkan oleh bapa Anis sendiri, pelakon drama bersiri Duda Terlajak Laris itu difahamkan menerima mas kahwin sebanyak 300 dollar Brunei.

Majlis pernikahan tersebut turut dihadiri oleh beberapa rakan selebriti seperti Reen Rahim dan Mimie Haris yang sama-sama meraikan hari bahagia pasangan pengantin baru itu.

Dalam masa yang sama, pelakon Ika Nabella yang tidak dapat menghadiri majlis berkenaan tetap menitipkan ucapan doa penuh bermakna untuk pasangan mempelai menerusi Instagram Story miliknya.

“Walaupun saya tidak dapat berada di sana untuk menyaksikan sahabat tersayang saya bersatu dengan pasangannya, hati saya dipenuhi rasa gembira dan kasih sayang pada hari istimewa ini.

“Saat anda melangkah ke fasa baru ini, semoga perkahwinan anda dilimpahi dengan kasih sayang yang mendalam, gelak tawa yang tiada penghujung, dan keberkatan yang tidak terhingga daripada Allah.

“Saya berdoa agar cinta anda berdua semakin utuh dari hari ke hari, serta menemukan kebahagiaan dalam detik-detik kecil dan kekuatan dalam pelukan satu sama lain,” tulis Ika penuh emosi.

Terdahulu, Anis sebelum ini pernah berkahwin dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai 2017, namun hubungan mereka berakhir dengan perceraian dua tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Trending Tue, 10 Dec 2019

We Lovin It! McDonald’s Introduces Brand New Chocolate Oreo Ice Blended

We heard that it taste even better than Starbucks Frappucino…

Trending Fri, 23 Jul 2021
Hiburan Mon, 13 Oct 2025
Hiburan Fri, 31 May 2019

Kecewa Belum Dapat Bayaran ‘Shooting’, Reza Hasbi Minta Maaf Dengan Anak-Anak

Sampai masa, Abbi akan undur diri untuk kerjaya ini…

Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Mon, 28 Jul 2025

Hisyam Hamid Tak Suka Bazir Masa Bercinta – “Kalau Serius, Ikhlas, Just Kahwin”

Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.

Drama Fri, 19 Apr 2024

Warnai Drama! Jom Kenali Watak-Watak Dalam Kuih Muah

Watak-watak menarik dalam Kuih Muah!

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
error: Content is protected !!