Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 9, 2024 @ 7:19pm

Kembali Dengan Filem Aksi Komedi ‘Panda Plan’, Jackie Chan Pengsan Di Set Penggambaran

Kini berusia 70 tahun, pelakon antarabangsa terkenal, Jackie Chan dikenali di seluruh dunia kerana kemahiran aksi lagak ngeri yang mengagumkan. Namun, di sebalik kejayaan itu, dia juga pernah berdepan situasi yang tidak diingini semasa melakonkan babak berbahaya.

Dalam satu insiden semasa penggambaran filem Panda Plan, Jackie mendedahkan dia pernah pengsan ketika melakukan aksi ngeri.

Ketika itu, wajahnya dikatakan kelihatan kosong, seolah-olah tidak menyedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Insiden seperti ini mengingatkan kita tentang risiko besar yang diambil oleh Jackie Chan dalam setiap aksi yang dilakukan, demi memastikan keaslian dan kualiti dalam filemnya.

Walaupun dikenali dengan keazaman dan dedikasi yang tinggi, insiden seperti ini turut mencerminkan bahaya yang sering kali dialami oleh Jackie Chan sepanjang karier panjangnya dalam industri filem aksi.

“Tiba-tiba saya berasa lemah dan nak rebah. Kemudian kru terus berlari kearah saya untuk memastikan saya selamat.

“Saya seperti tidak sedar dan bertanya pada mereka ‘Apa dah jadi?’ Apabila diberitahu saya pengsan, rasa macam tak percaya pula dan menganggap mungkin ia berlaku kerana saya menahan nafas ketika melakukan aksi itu,” katanya.

Seperti yang dijangkakan, Jackie berkeras menyatakan dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan bantuan untuk bangun. Kemudian selepas berehat seketika, mereka kembali menjalani penggambaran adegan yang sama.

“Ia bukan masalah besar, saya perlu meyakinkan semua orang bahawa saya baik-baik saja. Jika tidak, mereka akan menggunakan pelagak ngeri menggantikan saya.

“Jika saya hanya duduk di tepi sambal melihat pihak produksi menggunakan pelagak ngeri, saya akan berasa sangat bersalah!” tambahnya.

Pada usia 70 tahun, Jackie masih lagi aktif melakukan sendiri aksi berbahaya tanpa bantuan pelakon pengganti.

Menerusi filem Panda Plan, terdapat juga adegan aksi lain di mana dia menunggang motosikal besar menembusi tingkap. Semasa penggambaran, motosikal tersebut hilang kawalan dan Jackie tercampak sejauh beberapa meter.

“Tapi, saya menenangkan krew dengan menasihati mereka supaya tidak perlu risau kerana ia cuma kecederaan kecil dan saya benar-benar okey,” katanya.

Difahamkan, situasi itu membuatkan krew memberi tepukan hormat buat pelakon hebat itu.

Kemudian menerusi salah satu adegan lain, Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum melompat ke tingkat dua.

Walaupun kelihatan mudah, ia masih mencabar untuk Jackie yang sudah berusia 70 tahun. Keberanian Jackie membuatkan seluruh kru terharu dengan dedikasi dan profesionalismenya.

Selain Jackie Chan, Panda Plan juga menampilkan panda Hu Hu sebagai bintang utama. Dengan mata yang unik, Hu Hu menambah daya tarikan tersendiri kepada karekternya. Dalam rakaman yang didedahkan, kelebihan Hu Hu seperti memeluk kaki pelakon pasti akan menambat hati penonton.

Filem ini mengisahkan bintang kung fu, Jackie Chan (dilakonkan oleh Jackie) diundang untuk menjaga anak panda popular, Hu Hu.

Namun, Hu Hu menjadi sasaran organisasi jenayah antarabangsa. Jackie Chan terpaksa bekerjasama dengan pengurusnya, David (lakonan Wei Xiang), dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakinan Shi Ce) membentuk satu pasukan untuk menyelamatkan “Khazanah” tersebut dalam satu operasi penyelamatan antarabangsa.

Panda Plan bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 10 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Fri, 12 Aug 2022

“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

Semoga dipermudahkan urusan pembedahan Zamani dan dapat sembuh seperti sedia kala.

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

J-Hope Releases ‘Daydream’ MV With BTS Member Making a Cameo Appearance

BTS’s J-Hope’s latest mixtape and ‘Daydream’ MV is finally released!

Trending Thu, 4 Jun 2020
Featured Tue, 26 Oct 2021
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Sufian Suhaimi Tak Balik Raya Dalam Aku Tak Kaya

Nak tahu macam mana Sufian Suhaimi tak balik raya, jangan lupa saksikan drama ni tau!

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Wed, 24 Nov 2021

Ayah Sebak, Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman… Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar. Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi […]

error: Content is protected !!