Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 9, 2019 @ 7:15pm

Tiga Tahun Menanti, Hafiz Teruja Ke Pentas Final AJL 34!

Penyanyi lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz Suip yang berjaya mara ke final Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 selepas tiga tahun menanti, tidak dapat menyembunyikan debarannya apabila berpeluang untuk kembali beraksi di pentas majlis anugerah yang berprestij itu. 

Bukan kaleng-kaleng, Hafiz pernah dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL selama tiga kali tetapi kali ini dia enggan terlalu berharap. 

“Saya anggap kesempatan untuk kembali bersaing sebagai bonus.  Mungkin wajah saya kelihatan tenang, namun hanya Tuhan yang tahu debaran yang bakal dilalui. 

“Biarpun sudah ada pengalaman, ia tidak memberikan saya kelebihan kerana sesiapa sahaja yang bertanding pasti akan mengalami perasaan itu. 

“Saya hanya berusaha memberikan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada rezeki,” kata Hafiz kepada BH Online. 

Lagu Kisah Cinta Kita dicipta oleh Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala lirik ciptaan oleh Datuk A. Aida adalah salah satu lagu yang popular tahun 2019 dan kerap dimainkan di corong radio. 

Hafiz yang sedang menanti kelahiran anak keduanya Februari tahun depan menyifatkan pemilihan lagu Kisah Cinta Kita ke pentas final AJL sebagai menumpang rezeki anak. 

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu tetap meluangkan masa membuat persiapan menjelang kemuncak AJL 34 yang juga jatuh pada Februari depan walaupun perlu memberi perhatian pada isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah dan melengkapkan persiapan bagi menyambut kelahiran bayi mereka. 

“Buat masa ini, saya belum membuat sebarang perancangan mengenai konsep persembahan pada malam itu nanti.  Namun, saya berazam memberikan sesuatu yang berbeza supaya peminat dapat melihat kematangan Hafiz Suip sebagai penyanyi,” katanya. 

AJL 34 juga menyaksikan persaingan menarik apabila ia bakal menemukan rakan seperjuangannya dari Akademi Fantasia dahulu iaitu Hazama & The Penglipurlara dan Akim & The Majistret. 

“Selepas tiga tahun tidak beraksi di pentas AJL, saya teruja dapat kembali.  Lebih seronok kerana Hazama dan Akim turut ada bersama, terasa seperti ‘reunion’ pula,” katanya yang pernah berentap dengan dua penyanyi itu pada kemuncak AJL 31. 

Sumber Foto: Instagram @hafizsuip

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Kalau Ada Rezeki, Saya Akan Umumkan” – Ernie Zakri Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza?

Ernie Zakri pasang impian duet dengan Siti Nurhaliza dalam album Sahabat

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Sonaone is Finally Back with a New Single!

He was MIA from the music scene for 2 years but now he’s finally back.

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Featured Wed, 28 Dec 2022

Comel! Joget Di TikTok, Azhar Sulaiman Ikut Jejak Leona – “Lawan Pak Cik, Jangan Tak Lawan”

Pelakon Azhar Sulaiman baru sahaja kehilangan tawaran untuk mengendalikan program pengembaraan. @azharbsulaimanHari Ku Bermula Dengan Bad News. Lost the Travel Show Job in the Morning Tapi Belah Petang Dapat Job Bersiri for TV3. Rezeki Anak2 […]

Featured Thu, 19 Feb 2026

“Yang Datangkan Bahagia Harus Disayangi, Yang Ganggu Ketenangan Kita Palau”- Fazura Kongsi ‘Formula’ Hidup Kekal Tenang Sempena Ramadan

Nur Fazura mengajak orang ramai agar lebih bijak menjaga ketenangan diri dan memilih lingkungan sosial demi menjaga kebahagiaan sendiri terutamanya sempena bulan Ramadan.

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Semoga lagu Bisa Pertama dapat jadi finalis di AJL 34!

Featured Fri, 11 Apr 2025
Selebriti Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!