Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 5, 2017 @ 7:57am

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Pelakon veteran Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas dimasukkan ke hospital kelmarin, kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Menerusi laporan yang dipetik dari berita Times of India, Pengarah Eksekutif Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani, Dr Ram Narain, berkata “Shahshi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang, 4 Disember di Hospital Kokilaben. 

Jelasnya, pelakon itu mempunyai masalah buah pinggang dan menjalani dialisis sejak beberapa tahun lalu.

Shashi memulakan karier lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya Prithviraj Kapoor pada 1948. Antara filem lakonannya yang terkenal ialah ‘Deewaar (1974), ‘Kabhi Kabhie’ (1975), ‘Satyam Shivam Sundaram’ (1978), ‘Junoon’ (1978), ‘Shaan’ (1980) dan Namak Halaal’ (1982).

Pada 2011, beliau menerima anugerah Padma Bhushan oleh kerajaan India dan pada 2015, menjadi orang ketiga dalam keluarganya menerima Anugerah Dadasaheb Phalke.

Shashi mendirikan rumah tangga dengan pelakon British, Jennifer Kendal.

Sumber-  The Times Of India

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Sun, 2 Jun 2019
Featured Sat, 23 Apr 2022

JPN Sedia Bantu Isu Anak Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’

Alhamdulillah.. Myra bersyukur namun tidak mahu emosi orang sekeliling terganggu..

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

Featured Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Doakan Remy kembali pulih seperti biasa.

Featured Tue, 28 Sep 2021
error: Content is protected !!