Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 10, 2023 @ 5:05pm

Haters Minta Hasif Upin Berhenti Menyanyi Dengan Ziana Zain & Dakwa Nama Akan Suam Semula, Ini Jawapan Tuan Badan

Penyanyi Hasif Upin mengakui ada netizen memintanya supaya berhenti menyanyi gara-gara dikatakan tidak layak untuk berduet dengan penyanyi tersohor Ziana Zain menerusi lagu berjudul Waktu.

Menurut Hasif atau nama sebenar Muhammad Hasif Sharuddin, dia menerima kiriman mesej itu terlebih dahulu sebelum akaun tersebut ‘menghentam’ di ruangan komen selepas mesejnya tidak dilayan Hasif.

“Sebenarnya akaun palsu itu ada DM saya pada mulanya. Dia beritahu saya ‘baik kau stop sajalah menyanyi dengan Ziana. Tak layaklah’.

“Saya tak layan pun DM itu, saya cuma ‘seen’ saja. Kemudian esok harinya, dia hentam pula di komen satu muat naik saya.

“Sebab itu saya hanya balas ‘amboi’. Mungkin dia tengok saya tak respons, sebab itu dia kecam dekat ‘public’ pula,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Biarpun dihentam, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini tidak mengambil tindakan untuk menyekat akaun-akaun pembenci sebaliknya akan membalas semula komen-komen negatif itu.

“Saya biarkan saja, tak block pun sebab peminat-peminat saya pun ada yang menegur mereka, jadi buat masa ini dah tiada rasanya akaun-akaun tersebut.

“Sebenarnya saya akan balas dahulu komen itu sebelum peminat saya balas sebab saya tak mahu tengok peminat saya bergaduh dengan orang-orang yang tak suka saya.

“Biar saya yang tegur dahulu tapi masalahnya sekarang bila saya buat begitu makin menjadi-jadi pula sampai mengamuk,” kongsinya

Dalam pada itu, Hasif turut berpesan kepada peminatnya agar sentiasa berdiam diri dan berharap semua pihak dapat menghormati satu sama lain.

“Saya selalu pesan, kalau ada apa-apa komen yang menyakitkan, kalau boleh janganlah balas. Jangan ambil tahu, biarlah orang nak cakap apa.

“Saya juga tak salahkan peminat saya tapi itulah manusia tidak boleh dipaksa, kadang-kadang mereka terlepas juga.

“Banyak kali ditegur pun, tetap mereka buat. Saya suka untuk tegur mereka, Insya-Allah lepas ini semuanya akan okey saja,” tutupnya

Terdahulu, ada netizen yang mempertikaikan bakat nyanyian Hasif malah mendakwa nama Hasif akan tenggelam semula selepas kejayaan lagu Waktu.

Single Waktu kian mendapat tempat di halwa telinga pendengar yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dengan gabungan hebat dua penyanyi ini sehingga meramalkan karya ini bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Hasif Upin

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 15 Tahun Berbaloi, Ziana Zain Sebak Single ‘Waktu’ Duet Dengan Hasif Upin Diterima Ramai – “Berpuluh Lagu Saya Reject, Bukan Kekwat, Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Meremang! Persembahan Ziana Zain & Hasif Upin Nyanyi Lagu Waktu Curi Tumpuan, Peminat Ramal Masuk AJL

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Mar 2021

Zed Zaidi Cadang Artis Diberikan Vaksin Awal, Gunakan Pengaruh Anak Seni Untuk…

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan mereka mendengar banyak keluhan dan menerima banyak aduan daripada anak seni mengenai kekerapan melakukan ujian calitan (swab test) sebelum memulakan sesebuah projek. Pelakon dan kru produksi perlu […]

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Menginjak Usia 50 Tahun, Fazley Yaakob Lebih Peka Jaga Kesihatan & Penampilan Demi Anak-Anak

Menurut Fazley Yaakob, usia yang semakin meningkat tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan penampilan.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Hafiz Hamidun Mengaku Hampir Gila

Alhamdulillah, tiada lagi yang bertanya mengenai saya dan Joy. Saya juga tak mahu lagi antara kami ada masalah kerana semuanya sudah diselesaikan dengan baik. Baguslah kalau begitu, buang yang keruh, ambil yang jernih…

Featured Wed, 24 Jul 2024
Trending Sun, 11 Jul 2021

Comelnya Aina Abdul & Daniesh Suffian Menari… Jom Saksikan Muzik Video Warna Warni!

Sekitar hujung tahun lalu, penyanyi Aina Abdul dan Daniesh Suffian pernah bertarung dalam program realiti Vokal Mania di TV3. Kini, mereka berdua digandingkan dalam sebuah lagu duet baru berjudul Warna Warni! Baru sahaja dilancarkan, single […]

Hiburan Sat, 19 Jan 2019

Ganti Altimet, De Fam Mengaku Berdebar!

Whoah, we all dah tazabar nak tengok De Fam bawakan lagu Bunga.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Mantap! Double ‘A’ Bergabung Dalam Rojak

Gandingan pengacara popular Awal Ashaari dan Ajak bakal menghiasi kaca televisyen bakal mengetengahkan konsep sembang santai

Hiburan Sun, 2 Jun 2019

’Ayah Kena Strong…’- Liza Hanim Doa Bapa Sembuh Dari Kanser

Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Abdul Halim, bapa kepada Liza Hanim. Amin…

error: Content is protected !!