Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2025 @ 2:16pm

Syafiq Kyle Beli Kereta Mewah Jenis Mercedes G Wagon – “Ini Baru Ada Gaya”

Salah faham yang tular membabitkan pelakon popular, Syafiq Kyle akhirnya terlerai apabila dakwaan mengatakan dia membeli kereta mewah jenis Lamborghini SVJ tidak tepat.

Ia susulan perkongsian sepotong video pendek milik seorang individu yang dikenali sebagai Fuad Samsuddin bersama Syafiq Kyle baru-baru ini.

Video berdurasi 32 saat yang dikongsikan memperlihatkan Fuad telah menyerahkan sendiri kereta pacuan empat roda jenis Mercedes G Wagon 350d AMG milik aktor itu.

“Settle dah delivery untuk kereta Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Ini baru ada gaya,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

@fuad_samsuddin Settle dah delivery utk kereta Syafiq & Mimi. . Ini baru ada gaya. . . Kalau nak cari kereta idaman & nak pakai kereta utk raya boleh roger2 ya. . . ☎️ 019.670.5370 Fuad Samsuddin @dtcmotors @Lynn Rhazali #syafiqkyle #bloodbrothers #mercedesgclass #CapCut ♬ original sound – Fuad Samsuddin

Dalam pada itu, Fuad juga tampil menjawab soalan netizen mengenai berita tular mengenai kenderaan mewah jenis Lamborghini sebelum
Ini.

Katanya, perkara itu hanyalah salah faham sahaja memandangkan pada ketika itu ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membuat posting yang mengelirukan.

“Tak ada brother, hari tu ada pihak yang tak bertanggungjawab kebetulan ada dekat showroom masa dia orang datang tengok kereta minta bergambar.

“Lepas tu buat posting yang misleading. Memang plan dia dari awal nak cari G Class. Ini baru kereta dia keluar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Oct 2019

Lazada Plans to Take VR and AR into Its New Retail Experience, Soon

In the future, shopping at Lazada will not be just a mere activity; it’ll become an EXPERIENCE!

Featured Thu, 12 Sep 2024
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Featured Mon, 9 Mar 2020
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Hampir Hilang Diri…” – Marissa Yasmin Dedah Pengalaman ‘Gelap’ Hidup Dengan Individu Narsistik

Marissa Yasmin akui sukar untuk bangkit dan bebas dari individu narsistik

Events Wed, 5 Oct 2022
error: Content is protected !!