Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 7, 2026 @ 2:45pm

Asmidar Menangis Diberi Tawaran Bawa Lagu Allahyarham Sharifah Aini – “Saya Tak Sempat Jumpa Masa Arwah Hidup, Tapi Allah Bagi Peluang…”

Penyanyi Asmidar mengakui berdepan cabaran besar apabila diberi tanggungjawab mendendangkan lagu ikonik Seri Dewi Malam pada konsert ‘A Tribute To Sharifah Aini’ yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas yang bakal berlangsung pada 6 Jun depan.

Menurut Asmidar, lagu berkenaan merupakan antara karya Allahyarhamah Sharifah Aini yang paling mencabar untuk dinyanyikan sejak dahulu lagi.

“Ya, tak dinafikan. Sebenarnya lagu Seri Dewi Malam tu adalah antara lagu beliau yang saya takut nak nyanyi. Sebab masa beliau nyanyikan lagu tu, dia masih remaja kan, suara dia nyaring, langsing. Suara saya pula besar. Saya fikir macam mana nak nyanyi ni?.

“Tapi memang daripada dulu, lagu Seri Dewi Malam ni antara lagu yang paling saya takut nak nyanyi berbanding lagu Bunga Tanjung,” katanya ketika ditemui XTRA.

Bagaimanapun, Asmidar menganggap peluang tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya memandangkan lagu tersebut merupakan antara rakaman terawal Biduanita Negara itu.

“Saya rasa mungkin sudah sampai masanya untuk saya berdepan ketakutan itu. Ia satu penghormatan besar sebab, itu lagu pertama beliau rakamkan.

“Jadi untuk saya bawakan lagu tersebut memang satu tanggungjawab besar kerana saya yakin, semua yang datang malam itu tahu lagu tersebut. Saya try untuk nyanyi yang sebaiknya,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Biar Sampai Ke Bintang itu gagal menahan sebak setiap kali berkongsi pengalamannya ketika menerima tawaran untuk menjayakan konsert tribute berkenaan termasuklah, berkongsi pentas bersama penyanyi lagenda lain seperti, Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.

Akuinya, dia berasa kerdil diberi peluang tersebut apatah lagi minatnya yang mendalam terhadap lagu-lagu Sharifah Aini sudah bermula berakar sejak zaman sekolah rendah lagi.

“Saya bukanlah nak menangis ke tidak, tapi kita rasa macam “Ya Allah siapalah aku dekat sini kan? Tapi saya try untuk keep positive lah dalam hati saya.

“Probably ibu (Khadijah Ibrahim) dan mama (Salamiah Hassan) dengan Shiha mewakili insan yang dekat dengan Allahyarham. Memang secara fizikal dekat dengan beliau. Tapi saya ni, POV saya adalah seorang peminat.

“Dulu memang saya bangun dan tidur dengan lagu beliau sejak sekolah lagi. Memang saya peminat tegar beliau. Sehinggakan ada peminat yang keluarkan video masa pertandingan saya bersama RTM dulu.

“Jadi bila dapat peluang ini, saya rasa ya Allah… besar sungguh rahmat ini untuk saya. Saya tak sempat jumpa beliau masa hidup, tetapi Allah bagi saya peluang nyanyikan lagu beliau sekarang,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Hiburan Fri, 18 Jul 2025

[VIDEO] “Perceraian Bukan Titik Terendah Dalam Hidup Saya” – Diana Danielle

Diana Danielle sakit hilang sahabat baik selepas bercerai

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu, saya boleh berdakwah menerusi lagu.

Featured Mon, 22 Aug 2022
error: Content is protected !!