Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 13, 2024 @ 7:12am

Rezeki Berwajah Ganas, Izuan Razali Dapat Banyak Tawaran Watak Antagonis

Pelakon Izuan Razali sering ditawarkan watak antagonis sepanjang terbabit dalam bidang lakonan kerana wajahnya nampak ‘jahat’ dan ganas.

Menurut Izuan, 32, dia juga tidak kisah dibenci penonton kerana watak jahat dilakonkannya itu.

Katanya, kebanyakan watak yang ditawarkan oleh penerbit dan pengarah selalunya adalah watak jahat.

“Saya percaya jika watak jahat dilakonkan membuatkan penonton benci pada saya, jadi watak yang dilakonkan itu menjadi,” kata pelakon filem Jiwa 8 Belas itu.

Mengenai lakonannya dalam filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh pula, kata Izuan, dia melakonkan watak Mat Kitam dalam filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu.

Kata Izuan, dia ditawarkan watak Mat Kitam menerusi proses uji bakat yang dijalankan produksi pada 2018.

“Watak Mat Kitam juga mencabar kerana saya mengambil tempoh lebih sebulan untuk menjiwai watak termasuk mencipta gelak.

“Saya juga perlu memahami skrip kerana perlu faham dan kenali siapa Mat Kitam dan kenapa dia menjadi jahat,” katanya.

Berkongsi babak paling susah dilakonkan pula, kata Izuan, ia membabitkan babak Mat Kitam merogol Fatien (lakonan Sophia Albarakbah) dalam filem itu.

Katanya, ia sukar kerana dia belum pernah melakonkan babak berat seperti itu.

“Babak mencabar lain pula di mana tubuh saya lebam-lebam kerana dipukul dengan kayu ketika menjayakan babak pergaduhan.

“Saya juga lakonkan sendiri babak aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.

“Pelakon yang menjadi Idola dan memberi inspirasi pada saya dalam lakonan ialah Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad,” katanya.

Selain Izuan, filem Jiwa 8 Belas arahan S Baldev Singh turut dibintangi pelakon terkenal tanah air antaranya A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Shah Hazvee,Ikhram Juhari, Kanda Khairul, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Featured Mon, 23 Feb 2026

Persis Anak ‘Mat Salleh’, Siti Saleha Dedah Wajah Anak Sulung

Pelakon Siti Saleha menyorot perhatian apabila buat pertama kali berkongsi wajah anak sulungnya, Indra yang selamat dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Featured Thu, 29 May 2025

“Ibadah Paling Syaitan Benci Adalah Perkahwinan Yang Halal” – Fynn Jamal

Perkahwinan jadi isu paling ditakuti genyerasi muda.

error: Content is protected !!