Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 3, 2025 @ 3:30pm

[VIDEO] PU Riz Tegur Trend TikTok ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – “Nampak Bergurau Tapi Boleh Melanggar Prinsip Agama…”

Pendakwah bebas, PU Riz, baru-baru ini menegur trend TikTok yang semakin viral yang melibatkan penggunaan dialog ‘Aku berlutut? Tidak akan…’ berasal daripada watak Alucard dalam permainan atas talian, Mobile Legends.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, PU Riz, atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, menegaskan meskipun trend tersebut kelihatan adalah sekadar hiburan, namun umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih kandungan yang mereka ikuti.

“Jika nak buat lawak, ada batasnya. Ada tempat yang sesuai dan ada yang tidak,” ujarnya.

Suami kepada usahawan dan selebriti Noor Neelofa ini turut mengingatkan tidak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan, terutamanya jika ia bertentangan dengan nilai agama.

“Begitu juga dalam kehidupan, ada yang betul dan ada yang salah. Jika kita nak buat sesuatu, kita boleh nasihatkan kawan-kawan untuk chill dan rileks, tetapi kita perlu ingat untuk bersikap tenang hanya dalam perkara yang dibenarkan.

“Kita tidak boleh ambil ringan dan bergurau dengan perkara yang dilarang. Kita kata itu hanya trend, tetapi apabila bergurau dengan cara seperti itu, ia sebenarnya melanggar prinsip yang agama ajarkan. Sebab itu, kita perlu berfikir sebelum bertindak,” tambahnya.

PU Riz turut menasihatkan orang ramai untuk lebih bijak dalam memilih trend yang lebih positif dan memberi manfaat di media sosial, agar kehidupan sentiasa diberkati.

“Pilihlah tren yang baik dan jaga amalan kita, semoga hidup kita diberkati oleh Allah,” ujarnya.

Baru-baru ini, satu tren TikTok tular menggunakan dialog ‘Aku berlutut? Tidak akan…’ ketika bersalaman sempena Aidilfitri, di mana seorang anak kepada ibu, adik kepada kakak, serta isteri kepada suami menolak untuk berlutut dengan gaya berseloroh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 May 2026

Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Bersatu Dalam ‘Konsert Trilogi’ 18 Julai Ini!

Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim bakal disatukan menerusi Konsert Trilogi yang dijadual berlangsung pada 18 Julai depan!

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Cinta Lokasi Bukan Pilihan Zul Ariffin

Tolak cinta lokasi kenapa ye ? Takut terputus ditengah jalan lagi ke seperti yang sebelum ini

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

#ThrowbackXTRA Wed, 7 Jun 2023
error: Content is protected !!