Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 8, 2026 @ 7:49pm

Aepul Roza, Aweera & Fiq Halim Bersatu Dalam ‘Konsert Trilogi’ 18 Julai Ini!

Tiga figura vokal dengan karakter berbeza bakal disatukan menerusi Konsert Trilogi yang dijadual berlangsung pada 18 Julai depan di Big Pillars Hall, Astana Putra UPM Serdang.

Konsert tersebut akan menghimpunkan Aepul Roza, Aweera dan Fiq Halim dalam sebuah persembahan yang menggabungkan elemen rock, balada dan sentuhan muzik kontemporari.

Menariknya, konsert berskala eksklusif itu hanya dibuka kepada 1,000 penonton bagi memberi pengalaman lebih dekat antara artis dan peminat.

Selain mempersembahkan lagu solo masing-masing, ketiga-tiga penyanyi itu turut bakal tampil dengan beberapa kolaborasi istimewa yang hanya dapat disaksikan menerusi Konsert Trilogi.

Kemunculan mereka di atas satu pentas juga dilihat cukup signifikan memandangkan Aepul, Aweera dan Fiq pernah mencipta keserasian menerusi lagu Selamatkan Aku yang diperkenalkan pada tahun 2017.

Penganjuran konsert tersebut dikatakan tercetus selepas penampilan mereka di Konsert 15 Tahun Drama Band pada Januari lalu menerima sambutan luar biasa daripada peminat.

Sorakan penonton dan reaksi positif terhadap gandingan tiga vokal itu akhirnya mencetuskan idea untuk menghasilkan sebuah konsert khas yang meraikan kekuatan serta karakter unik masing-masing.

Menurut pihak penganjur, Aepul Roza Ventures Sdn Bhd, Konsert Trilogi bukan sekadar persembahan hiburan semata-mata, sebaliknya platform untuk meraikan perjalanan seni, persahabatan dan evolusi muzik rock tempatan.

Konsert tersebut dijangka mempersembahkan sebanyak 25 buah lagu termasuk repertoir popular ketiga-tiga penyanyi selain beberapa segmen kolaborasi khas.

Penonton juga bakal dibawa menyelusuri perjalanan emosi dan nostalgia menerusi persembahan yang dijanjikan penuh energi sepanjang malam berlangsung.

Tiket Konsert Trilogi ditawarkan dalam tiga kategori iaitu VIP berharga RM289 yang terhad kepada 100 pemegang tiket dan hadir bersama sesi Meet & Greet eksklusif.

Selain itu, tiket kategori Normal dijual pada harga RM189 manakala kategori Standing pula berharga RM99.

Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi UberTicket di trilogi.uberticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

[VIDEO] “Aku Lelah, Tapi Tak Pernah Menyesal” – Siang Malam Cari Rezeki, Kiah Propa Korban Masa Demi Keluarga

Kiah Propa meluahkan rasa sebak melihat dirinya bekerja keras dari pagi hingga malam tanpa henti

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Trending Mon, 6 Jul 2020
Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

error: Content is protected !!