Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 24, 2023 @ 6:21pm

Alvin Chong Akui Ada ‘Age Gap’ Dengan Pelakon Muda – “Kalau Mereka Lepas Shooting Terus Nak…”

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong, 32, mengakui ada jurang umur diantara dirinya dengan pelakon-pelakon yang lebih muda.

Menurutnya, dia tidak lagi mempunyai tenaga untuk berkongsi aktiviti-aktiviti di sosial media seperti mana di awal penglibatannya dalam industri.

“Ada rasa generation gap tu. Kalau masa start (berlakon) dulu, saya rajin up IG stories ataupun buat TikTok content tapi sekarang mereka (pelakon muda) yang gigih, saya pula yang macam dah malas dah,” ujarnya.

Alvin ditemui semasa sidang media drama siri terbitan Viu Presents yang berjudul Journal Sara-haeyo di Artisan’s Playground, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Barisan pelakon lain yang turut hadir ialah Adriana Adnan, Arena Wan, Andi Bernadee dan Alisya Rashid.

Bercerita tentang jurang umur dengan barisan pelakon lain, dia lebih memilih untuk terus pulang ke rumah untuk berehat berbanding keluar melepak selepas selesai penggambaran.

“Saya, Adriana dan Andi kalau lepas habis shoot, terus nak balik tidur sebab esok call time awal. Kalau mereka habis shooting terus tanya ‘nak lepak mana?’, so, nampak lah generasi yang berlainan tu.

“For me especially after COVID-19, saya lebih suka duduk rumah. Saya tak suka melepak dekat luar dan menggosip tu saya dah tak buat,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Trending Tue, 21 Aug 2018

Alamak…Ini Baru Betul-Betul ‘Roti Terbang’

Roti Terbang kini menjadi sebutan netizen ini nampaknya meraih perhatian ribuan penonton. Hebat si tukang tebar ni. Keep it up bro!

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Suami Anita Baharom Meninggal Dunia Dalam Tidur

Pelakon Anita Baharom, 38, memaklumkan khabar duka suaminya, Ismadi Ismail, 50, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam kira-kira pukul 8 pagi tadi. Difahamkan, arwah suami Anita meninggal dunia di […]

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Hiburan Sat, 29 Jun 2019

Mad August《Fighter》演唱会!830摇滚引爆

大马摇滚乐团Mad August今年迎来出道8周年,即将在来临的8月30日首办主题为《Fighter》售票演唱会!

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Gosip Tak Berhenti, Fatin Malas Layan Netizen

Fatin Afeefa mengaku tidak berminat untuk melayan komen negatif netizen di media sosial miliknya.

Hiburan Fri, 12 Jul 2024
error: Content is protected !!