Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri July 19, 2018 @ 10:55am

Pengecasan Pantas iPhone Tidak Akan Dijual Secara Berasingan Tahun Ini

Pengecasan pantas menjadi satu kekurangan yang terdapat pada peranti iPhone. Pengguna iPhone terpaksa menggunakan alat pengecas MacBook bagi menikmati fungsi itu. Maka ia akan menjadi satu masalah kepada pengguna iPhone yang tidak memiliki MacBook.

Berita mengenai alat pengecasan pantas baru yang telah kami laporkan sebelum ini memberi sedikit kelegaan kepada pengguna iPhone. Bagaimanapun, ia tidak seindah yang dijangka kerana menurut laporan terkini, alat pengecasan itu tidak akan dijual secara berasingan.

Ini bermakna, satu-satunya cara bagi memiliki alat berkenaan ialah dengan membeli peranti iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini. Alat pengecasan ini dikatakan mampu mengecas pada 18W (9v/2A).

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mahu mendapatkan iPhone keluaran terbaru itu nanti, anda cuma perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan alat pengecasan pantas ini. Ia kerana Apple Insider melaporkan bahawa alat tersebut akan mula dijual secara berasingan bermula tahun hadapan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Zara Zya Nafi Dakwaan Sudah Bernikah Di Thailand

Zara Zya nafi sudah berkahwin di Thailand

Hiburan Fri, 31 May 2019

相隔14年再开个唱!大马为刘德华东南亚巡演首站

刘德华「My Love」巡唱9月直卷东南亚!相隔14年再开个唱,马来西亚列巡演首站。

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Kolaborasi Bersama Ucie Sucita, Nadia Rosli Tampil Dengan ‘Aduh Gak Kuat’

Penyanyi muda Nadia Rosli kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Aduh Gak Kuat, hasil kolaborasi bersama artis Indonesia, Ucie Sucita.

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

‘Mungkin Saya Bukan Artis Viral…’- Hazami Kecewa Nama Terus Tenggelam?

Macam saya kata tadi, pada masa ini sama ada seseorang itu boleh menyanyi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting perlu viral untuk survive di dalam industri hiburan. Korang setuju tak?

Featured Tue, 26 Apr 2022

Lelaki Maut Terjatuh Dari Tingkat 8 Apartmen

Polis kini sedang giat mencari lelaki yang sewa bersama mangsa untuk membantu siasatan.

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

error: Content is protected !!