Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 14, 2026 @ 6:03am

Kolaborasi Bersama Ucie Sucita, Nadia Rosli Tampil Dengan ‘Aduh Gak Kuat’

Penyanyi muda Nadia Rosli kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Aduh Gak Kuat, hasil kolaborasi bersama artis Indonesia, Ucie Sucita.

Lagu ini mengetengahkan gabungan elemen hipdut yang ceria dan bertenaga, sekali gus menampilkan sisi lebih santai dan playful dalam perjalanan seni Nadia.

Lagu ini ditulis oleh Giant Prayash Trinanda dan Nabil Adesya Putra, yang sebelum ini dikenali menerusi karya seperti “Ngga Dulu,” “Calon Mantu Idaman,” dan “Kasih Tau Mama”. Ia turut digubah bersama Aji Suherri yang berperanan sebagai penerbit dan penyusun muzik.

Dengan gabungan elemen romantik yang ringan dan susunan muzik yang rancak, Aduh Gak Kuat tampil sebagai lagu yang mudah melekat di telinga.

Mengangkat tema pengakuan cinta, lagu ini mengisahkan perasaan seseorang yang terlalu jatuh cinta sehingga tidak mampu lagi menyembunyikan isi hati. Liriknya yang bersahaja, diselitkan dengan elemen gurauan dan flirting seperti “gunting, batu, kertas dulu, kalau aku menang, kita ke penghulu”, menjadikan keseluruhan naratif lebih segar dan menghiburkan.

Menurut Nadia, antara kekuatan utama lagu ini terletak pada susunan muzik yang berpotensi mencetuskan trend di media sosial.

“Lagu ini ada elemen hype beat yang boleh jadi trend, terutama di bahagian catchy yang sesuai untuk ‘velocity trend’ di TikTok. Saya rasa itu antara faktor yang boleh buat lagu ini mudah viral,” katanya.

Dalam masa sama, Nadia turut berkongsi mesej yang ingin disampaikan melalui lagu tersebut, iaitu keberanian untuk meluahkan perasaan.

“Bagi saya, penting untuk berani cakap apa yang kita rasa supaya kita tahu sama ada perasaan itu berbalas atau tidak. Ia juga elakkan kita simpan terlalu lama. Bukan soal diterima atau ditolak, tapi tentang jujur dengan diri sendiri,” katanya.

Bagi memastikan emosi lagu ini dapat disampaikan dengan baik, Nadia memilih untuk membina mood rakaman dengan membayangkan detik-detik gembira dalam hidupnya.

“Saya bayangkan momen ceria dengan keluarga dan kawan-kawan supaya vibe lagu ini lebih hidup. ‘Aduh Gak Kuat’ memang perlukan tenaga yang fun dan positif,” ujarnya.

Nadia juga mengakui terbuka untuk terus meneroka pelbagai genre muzik sebagai sebahagian daripada perkembangan kerjayanya. “Saya memang terbuka untuk cuba pelbagai genre. Saya nak terus explore supaya kekal relevan dan tak berada dalam zon selesa,” katanya.

Menerusi Aduh Gak Kuat, Nadia berharap lagu ini mampu memberi kesan positif kepada pendengar, terutama mereka yang sedang melalui fasa mencabar.

“Saya harap lagu ini boleh menceriakan mereka yang sedang sedih dan buat mereka kembali tersenyum,” katanya.

Dengan melodi yang segar, lirik yang ringan dan tenaga yang positif, Aduh Gak Kuat dilihat sebagai satu lagi langkah penting buat Nadia dalam mengukuhkan nama dalam industri muzik serantau. Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 25 Sep 2021

Tawar Hadiah RM10,000 & Kereta Myvi, Jangan Lupa Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit!

Kempen yang ditampilkan oleh Hot FM yang telah bermula sejak awal September lalu, kini telah tiba ke kemuncaknya. Saksikan Grand Finale Hot FM Roda & Ringgit pada 25 September ini, bermula jam 3 petang ini. […]

Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Trending Fri, 13 Mar 2026

Inilah ‘Hero Raya’ Sebenar Di Sebalik Sambutan Yang Sempurna & Meriah

Setiap kali Raya, timeline media sosial kita biasanya dipenuhi dengan perkara yang sama. OOTD sedondon. Rumah kemas dan cantik. Gambar keluarga dengan caption panjang penuh emosi. Semuanya nampak sempurna. Tapi pernah tak korang terfikir siapa […]

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

Ara Johari Teringin Berduet Dengan Ratu Rock Negara?

Kalau dua-dua artis ini bergabung, memang powerlah!

Featured Wed, 19 Apr 2023
error: Content is protected !!