Euforia Bola 2026
Anugerah By: Khairil Khusyairi February 9, 2023 @ 8:05pm

AJL 37: Shiha Zikir Tak Kisah Buat Pelaburan Besar, Janjikan Kepuasan Dalam Persembahan

Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) Shiha Zikir antara nama yang disebut-sebut oleh peminat apabila bakal beraksi di pentas AJL sekali lagi menerusi lagu Irama hasil ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & John Jeeves.

Untuk edisi kali ini, penyanyi yang mempunyai kebolehan menyanyi sambil menari ini berkongsi mengenai konsep yang diinginkan pada malam penuh berprestij yang bakal berlangsung Ahad ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Setiap kali diberi peluang beraksi, saya akan berikan yang terbaik, terutama melibatkan teknologi pentas.

“Saya akan bincang dengan team sendiri, sebenarnya Shiha teringin nak jelajah ‘teknologi’ di atas pentas, yang mungkin belum pernah dijelajah atau dibuat di pentas secara langsung di televisyen.

“Saya nak cuba benda itu, tapi ia libatkan kos yang banyak. Bukan sahaja kos tapi masa pun kena panjang. Tetapi demi kepuasan, saya tidak kisah.

“Ketika di separuh akhir, itu bukanlah 100 peratus apa yang saya inginkan. Elemen laser itu ya, tapi ikutkan saya nak pegang laser itu keluar tapi tak sempat sebab saya masih menjalani penggambaran ketika latihan.

“Saya sukakan persembahan begitu sebab saya nak bawa orang-orang dibelakang tabir ke hadapan juga,” kongsi Shiha.

Dalam pada itu, Shiha mengakui bukan mudah untuk membawakan lagu rancak ditambah pula dengan tarian di atas pentas.

“Secara menyeluruh, orang akan cakap lagu rancak ni senang tapi cuba nyanyi di atas pentas?

“Dengan menari, pernafasan, susah sebenarnya, lagu genre balada pun susah sebab saya juga pernah ada lagu balada. Untuk lagu rancak, cuba dulu menyanyi di atas pentas sambil menari, apa yang akan rasa?…dengan jantungnya laju, gementar, jaga pernafasan dan kena ingat langkah.

“Benda itu tak senang tapi sebab itu saya cuba explore benda ini (lagu rancak). Susunan muzik juga pasti seakan sama seperti lagu AEWO atau mungkin kali ini akan ada elemen moden, kita tunggu,” ujarnya.

Untuk info, AJL 37 adalah penampilan ketiga Shiha di pentas AJL selepas muncul dengan 7 Nasihat (menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza) bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta di AJL 35 serta AEWO bersama Noki di AJL 36.

AJL 37 yang dihoskan oleh pengacara Sherry Alhadad dan Jihan Muse itu bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Jun 2022

Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Alamak unsur apa yang diragukan tu? 😥Semoga kes dapat dirungkaikan dengan cepat dan keluarga Allahyarham dapat menuntut keadilan yang sewajarnya ❤️

Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Automobile Fri, 17 Aug 2018

Menteri Pengangkutan Umum Saman AES Dibatalkan

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Featured Tue, 17 Jan 2023
Hiburan Sat, 22 Jun 2024

Konsert Solo Terakhir Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni

Konsert ‘Journey’ Awie yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Datuk Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo. Penonton bakal disajikan […]

error: Content is protected !!