Euforia Bola 2026
Automobile By: SGMS Faida August 17, 2018 @ 5:07pm

Menteri Pengangkutan Umum Saman AES Dibatalkan

Ini mungkin berita gembira untuk anda yang memiliki saman jalan raya! Menteri pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook baru mengumumkan kesemua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dibatalkan.

Kesemua saman itu membabitkan sejumlah RM435 juta sejak ia dilaksanakan pada 2012.

Selain itu, sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ.

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju untuk membayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) secara berperingkat, yang digunakan kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

“ Kerajaan juga bersetuju pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baharu bermula Julai 2019 ditangguhkan,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Wed, 25 Jan 2023
Figura Fri, 14 Jun 2024
Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Mon, 5 May 2025

Perkahwinan Hampir Tiga Tahun Terlerai, Mas Idayu & Suami Sah Cerai

Mas Idayu dan Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa sah bercerai.

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
error: Content is protected !!