Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi June 22, 2024 @ 2:01am

Konsert Solo Terakhir Awie: Kombinasi Monolog Dan Persembahan Teatrikal Rai 30 Tahun Perjalanan Karier Seni

Konsert ‘Journey’ Awie yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Datuk Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo.

Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia dan konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Awie.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, ramai yang menantikan konsert solo Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan.

“Malah, laman web kami juga mencipta rekod menerima jumlah kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut.

“Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bagi mereka yang membuat pra-pendaftaran dan pada masa yang sama menikmati diskaun bagi setiap pembelian,” katanya.

Istimewanya konsert ini akan menampilkan barisan pemuzik handalan seperti Rozario Rasul yang akan bertanggungjawab sebagai Pengarah Muzik yang juga bertindak sebagai pemain keyboard.

Manakala pemain gitar pula ialah Ritz MetalAsia (Guitar 1). Addy Cradle (Guitar 2), Fly Halizor (Bass), Ujang Exist (Drum), dan Pa’ang Zaman (Percussion).

Awie akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu-lagu popular beliau terutama dari album solo dan album Wings, termasuk dari album Awie (1994), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000), dan Santai (2005).

Menurut penyanyi lagu Bara itu, dia terharu dan tidak menyangka sambutan terhadap konsert solonya sehebat ini.

“Saya terperanjat apabila dimaklumkan tiga kategori utama tiket habis dijual dalam beberapa jam.

“Oleh kerana permintaan yang tinggi daripada peminat, saya telah berbincang dengan pihak penganjur dan mereka bersetuju untuk membuka kategori tiket yang baru agar semua peminat yang tidak sempat membuat pembelian tempohari, boleh berbuat demikian sekarang.

“Konsert ini bakal meninggalkan satu kenangan yang paling manis buat semua peminat. Tema dan konsep unik yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini merupakan bingkisan yang begitu peribadi dari saya untuk semua. Hanya yang terbaik untuk semua peminat yang hadir pada 3 Ogos nanti,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman web rasmi www.pixeltix.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Aug 2025

‘Che Ta & Rakan Selebriti Buka Mata Masyarakat, Harap Kematian Zara Qairina Terbela’

Dr Afif puji rakan selebriti menggunakan platform mereka untuk keadilan kes Zara Qairina.

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Hadiah Kereta Untuk Ibu Dan Ayah

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47.  Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, […]

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Fasha Sandha Kini Bergelar Tunang Aidil Aziz

Sama cantik sama padan, Tahniah Fasha Sandha & Aidil Aziz!

Hiburan Thu, 21 Jul 2022
Hiburan Wed, 13 May 2026

Tiga Legenda Rock Bersatu, Konsert 3 Veto Janji Malam Penuh Nostalgia Untuk Peminat Search, Wings & XPDC

Search, Wings dan XPDC bakal bergabung menerusi Konsert 3 Veto yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos depan.

Featured Thu, 21 May 2026

June Lojong Meremang Kongsi Pengalaman Shooting Di Penjara Lama Johor, Tulisan Banduan Buat Hati Tersentuh – “‘Mak Tunggu Aku Balik’ Antara Yang Buat Saya Insaf”

June Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di lokasi penjara lama di Johor Bahru meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Featured Thu, 28 Jul 2022
Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Wed, 9 Nov 2022
error: Content is protected !!