Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 8:21pm

Tiga Legenda Rock Bersatu, Konsert 3 Veto Janji Malam Penuh Nostalgia Untuk Peminat Search, Wings & XPDC

Buat pertama kali dalam sejarah muzik rock tempatan, tiga kumpulan legenda tanah air iaitu Search, Wings dan XPDC bakal bergabung menerusi Konsert 3 Veto yang dijadual berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos depan.

Konsert anjuran Bintang Batu Event bersama Seri Simfoni Sdn Bhd itu menjadi simbol penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni ketiga-tiga kumpulan tersebut sejak lebih empat dekad lalu.

Gabungan tiga nama besar dalam dunia rock tempatan itu juga dilihat sebagai usaha menghidupkan kembali semangat muzik rock era 80-an dan 90-an yang pernah mencetuskan fenomena besar suatu ketika dahulu.

Menurut penganjur, Ikhram Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Atom, Konsert 3 Veto bukan sekadar persembahan hiburan biasa, sebaliknya bakal menjadi pengalaman eksklusif yang sukar diulang pada masa akan datang.

“Gabungan Search, Wings dan XPDC dalam satu pentas bukan sesuatu yang selalu berlaku. Jadi kami percaya peminat akan merasai pengalaman yang cukup istimewa dan bermakna.

“Ini bukan hanya tentang konsert, tetapi sebuah perjalanan nostalgia yang menghimpunkan semula jiwa rock dalam satu malam,” katanya.

Penonton bakal disajikan dengan susunan baharu lagu-lagu popular seperti Sejati, Isabella dan Titian Perjalanan yang diberikan nafas segar tanpa menghilangkan identiti asal karya tersebut.

Lebih menarik, beberapa lagu akan dipersembahkan secara serentak oleh ketiga-tiga kumpulan legenda itu dalam satu pentas.

Selain persembahan muzik, konsert tersebut turut menampilkan penggunaan teknologi audio, visual dan pencahayaan moden termasuk projection mapping bagi memberikan pengalaman lebih immersive kepada penonton.

Dalam masa sama, Datuk Awie menyifatkan konsert tersebut sebagai platform untuk berkongsi jiwa, emosi dan perjalanan seni bersama peminat yang sentiasa menyokong mereka sejak dahulu.

“Konsert ini membawa semangat dan jiwa muzik rock kami. Kami mahu berkongsi rasa dan perjalanan yang pernah dilalui bersama semua peminat yang sentiasa ada sepanjang karier kami,” katanya.

Pandangan itu turut dipersetujui Din Search dan Izo XPDC yang menyifatkan Konsert 3 Veto sebagai satu momen besar buat peminat muzik rock tempatan.

Konsert berkenaan dijangka menarik kehadiran peminat lama yang membesar dengan lagu-lagu rock tempatan selain generasi baharu yang ingin merasai sendiri aura persembahan berskala besar daripada tiga kumpulan legenda tersebut.

Tiket Konsert 3 Veto telah mula dijual sejak 8 Mei lalu menerusi platform rasmi dalam talian di 3veto.ubertickets.asia.

Dengan gabungan elemen nostalgia, teknologi moden dan semangat muzik rock yang masih kuat, Konsert 3 Veto dijangka menjadi antara acara muzik paling dinanti dan bermakna tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Nov 2022

SFMM37: Bakal Bersaing Dengan Marsha Milan & Ernie Zakri… “Tipulah Kalau Saya Tak Pressure” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul bakal bersaing dengan dua penyanyi hebat, Ernie Zakri dan Marsha Milan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37). Mengakui dia merasakan kehangatan persaingan, Aina menghormati Marsha dan Ernie sebagai penyanyi yang lebih […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Featured Fri, 8 Sep 2023

Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

“Jangan gelar Siti Munirah penyondol, Saya yang dekati dia, melamar secara sah,” ND Lala. Segala spekulasi telahpun terlerai 😌

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Trending Wed, 27 Apr 2022
error: Content is protected !!