Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 27, 2020 @ 6:51am

“Ada 2 Perkara Tak Boleh Saya Lupa…” – Bergelar Juara, Aina Abdul Dedah Kesulitan Sewaktu Vokal Mania

Penyanyi Aina Abdul mendedahkan kesulitan yang dihadapi sepanjang sembilan minggu bersaing di pentas Vokal Mania.

Merangkul gelaran juara idol di pentas akhir Vokal Mania yang melabuhkan tirai malam tadi, Aina menewaskan Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.

ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania: Aina Abdul Bergelar Juara Idol, Aisha Retno Jadi Juara Rookie

“Sejujurnya, ada dua perkara yang tak boleh saya lupakan sepanjang menyertai Vokal Mania. Pertama, ketika saya terpaksa membuat persembahan live dari rumah kerana menjalani proses kuarantin.

“Ketika itu, band yang saya tampilkan bersama di rumah mendapat kritikan dan dipanggil sebagai band orang kahwin. Saya menghormati pandangan terbabit tapi jauh di dasar hati, saya rasa terkilan kerana kami meletakkan sepenuh usaha di minggu tersebut.

“Disebabkan itu, saya menampilkan orang yang sama, band yang sama di pentas akhir Vokal Mania mengiringi saya di persembahan solo menyampaikan lagu Shadow dan I Surrender.

“Kedua, sewaktu saya menyanyikan lagu Reflection di minggu kelima. Ketika itu, saya menghadapi masalah dengan monitor di telinga (in-ear monitor) atas kesilapan teknikal.

“Waktu saya sedang menyanyi, saya mendengar suara orang bersembang di in-ear monitor dan akhirnya saya hilang fokus.

“Kesalahan itu saya letakkan kepada diri saya sendiri kerana tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap nyanyian.

“Saya belajar dari insiden terbabit dan selepas itu, saya tak boleh berharap 100 peratus terhadap monitor dan harus memberikan fokus terhadap persembahan,” katanya kepada Xtra.

Jelas Aina lagi, kemenangannya di Vokal Mania adalah penutup manis bagi tahun 2020.

“Tak terungkap penghargaan dan rasa berterima kasih saya kepada semua pihak. Saya amat hargai usaha keras team saya, tenaga produksi, pihak TV3 dan terutama sekali kepada penyokong saya, Ainations yang memberi aura positif setiap hari.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai penutup manis bagi tahun 2020 dan berharap tahun 2021 akan lebih bersinar,” katanya lagi.

Selepas berjaya dinobatkan sebagai juara, Aina meraih hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi Vokal Mania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Jan 2025

Macam Kembar! Bakal Jalin Kolaborasi, Mimi Ernida & Reen Rahim Dah Lali Peminat Salah Tegur

Mimi Ernida dan Reen Rahim lali apabila sering disangka kembar atau adik beradik.

Featured Sun, 26 May 2024
Trending Sat, 29 May 2021

Siti Nordiana Salurkan Emosi, Buat Kajian Dahulu Sebelum….

Penyanyi Siti Nordiana menyalurkan emosi dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, karya terbabit menjadi lagu […]

Featured Fri, 16 Aug 2024

Ibu Aliff Aziz Sifatkan Komen Netizen Sebagai Fitnah Dajal, Bakal Ambil Tindakan Saman

Alamak, ibu Aliff Aziz dah ambil tindakan undang-undang🔥

Hiburan Thu, 23 Oct 2025
error: Content is protected !!