Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2026 @ 2:52pm

Atikah Suhaime Terkedu Mulan Tiba-Tiba ‘Ditampar’ Kanak-Kanak Lain – “Ini Bukan Kali Pertama”

Pelakon, Datin Atikah Suhaime mendedahkan anak perempunnya, Mulan pernah dikasari oleh kanak-kanak lain ketika bermain bersama-sama.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Atikah atau nama lengkapnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, memuat naik sebuah video memaparkan anaknya, Mulan ditampar oleh seorang kanak-kanak lelaki.

“Lately saya suka ajak Mulan pergi playgroup. Tapi itulah kadang-kadang ada budak macam terkasar dengan dia.

“And this is not the first time,” katanya.

Atikah meminta pandangan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara untuk dia menangani situasi tersebut tanpa memarahi kanak-kanak berkenaan.

Dalam masa sama, dia juga mahu Mulan untuk belajar mempertahankan diri sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

“How do i react to this? Kalau nak marah, anak orang lain. At the same time nak Mulan belajar sendiri that she has to stand up for herself.

“Ni belum lagi Mulan start sekolah,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa Atikah tidak mengambil tindakan terhadap kanak-kanak lelaki itu.

Atikah menjelaskan dia tidak menjangka kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba.

“I tak expect. Terkejut. Sebab they were eating cutely together nak ambil video. Record tiba-tiba macam ni,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2026

Haroqs Mohon Maaf Isu Campak Coklat Ke Dalam Laut – “Sedar Kurang Cerdik, Tapi Saya Tak Ada Pilihan Lain”

Haroqs akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Threads sekali gus mengakui perbuatannya itu mungkin dianggap tidak sopan.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Tiada Niat Sorok Tunang…

Amboi…dalam diam ya.

Hiburan Mon, 27 Jun 2022

“Speechless Tengok! Jangan Cepat Menghukum Orang…” – Ramai Puji MK K-Clique Lancar Mengaji, Siap Boleh Jadi Imam Lagi!

Moga jadi inspirasi untuk anak muda… taat pada perintah ibu bapa…mendoakan dan membahagiakan!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!