Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2026 @ 12:08pm

Haroqs Mohon Maaf Isu Campak Coklat Ke Dalam Laut – “Sedar Kurang Cerdik, Tapi Saya Tak Ada Pilihan Lain”

Tindakan mencampakkan coklat ke dalam lautan yang dibuat salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs mencuri tumpuan selepas terdapat segelintir pihak berpendapat apa yang dilakukannya itu hanya akan mencemarkan kehidupan laut.

Sedar dengan respons yang diberikan warganet, Haroqs akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Threads sekali gus mengakui perbuatannya itu mungkin dianggap tidak sopan.

“Maaf andai perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut adalah tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut.

“Saya sedar saya manusia yang kurang cerdik, saya cuma tiada pilihan lain untuk sampaikan coklat ke anak anak Gaza,” katanya.

 

 

View on Threads

 

Dalam hantaran sama, Haroqs menegaskan, dia akan melakukan apa sahaja demi misi kemanusiaan termasuklah memberikan coklat-coklat tersebut kepada anak-anak di bumi bergolak itu.

Tambahnya, apa sahaja usaha yang dilakukannya pasti akan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet, namun dia hanya mahu menggunakan platform yang ada untuk menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Dengan cara apa sekalipun saya buat mungkin anda tidak senang. Kalau dengan cara ini baru buka mata dan minda anda untuk bersuara nampaknya memang anda menanti kesilapan dari saya.

“Saya hanya berharap Allah SWT menyampaikan coklat ini ke anak-anak di Gaza. Keep going, Allah with us,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2026

Kasih Iris Leona Beri Amaran, Tak Selesa Dikejar Di Jalan Raya – “Jangan Drive Sebelah Kereta, Turunkan Tingkap, Lambai & Harap Saya Buat Benda Sama!”

Kasih Iris Leona, tampil memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak bertindak melampau sehingga menjejaskan keselamatannya di jalan raya.

Featured Mon, 14 Oct 2024
Featured Thu, 24 May 2018

Gara-Gara Sindir Tun M, Pelakon Johan As’ari Kena Sound Dengan Senior Umie Aida?

Pelakon berbakat Johan As’ari kena sound dengan Datin Seri Umie Aida (Umie) gara-gara sindir Tun Mahathir?

Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

Trending Fri, 5 Jun 2020

Tambahan RM50 Juta Untuk Skim PEKA B40

Berita baik buat golongan B40

Hiburan Wed, 9 Mar 2022

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini. Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai […]

error: Content is protected !!