Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 1, 2024 @ 3:30pm

[VIDEO] Didakwa Pamer Aksi Menggoda, Marissa Dania Ditegur Netizen

Pempengaruh yang juga anak kepada pasangan popular, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu, Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri perhatian selepas videonya menjadi model muslimah bagi sebuah produk kecantikan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, Marissa kelihatan berkongsi video miliknya yang dilantik sebagai wajah ilham (muse) bagi produk kosmetik Sace Lady.

Katanya, ini adalah salah satu kolaborasi yang dianggapnya sebagai mimpi jadi kenyataan dek kerana produk ini meraikan bukan sahaja tentang kecantikan tetapi keyakinan dan keaslian seorang wanita.

“Feeling honoured to be the face of Sace Lady Cosmetics.my.

“Representing this brand isn’t just another collaboration, it’s an absolute dream come true to be part of something that celebrates beauty, confidence, and authenticity,” katanya.

Tambahnya, kecantikan bukan tentang menyembunyikan atau mengubah diri sebenar tetapi mempertingkatkan dan menyerlahkan lagi keunikan diri sendiri.

“Kecantikan bukan tentang menyembunyikan atau mengubah siapa kita sebenarnya, sebaliknya ia tentang mempertingkatkan apa yang telah menjadikan kita unik.

“Mempamerkan versi terbaik diri kita kepada dunia tanpa mengira siapa dan apa yang orang jangkakan terhadap anda,” kongsinya.

Namun,menjengah ke ruangan balas hantaan berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang terhadap video berkenaan sekaligus menegur tindakan pihak berkenaan apabila menjadikan model muslimah tetapi menggayakan aksi menggoda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Featured Wed, 15 Apr 2026

“Komitmen Saya Tak Sampai Sebulan” – Johan As’ari Dedah Dibayar RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau

Johan As’ari mendedahkan dia menerima bayaran mencecah lebih RM70,000 hasil penglibatannya dalam penggambaran filem popular, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧

Events Wed, 7 Nov 2018

Wohooo! Spice Girls Umum Konsert Jelajah Tahun Depan

Kali terakhir mereka membuat kemunculan bersama adalah pada tahun 2012 di acara penutup sukan Olimpik di London.

Trending Fri, 12 Apr 2019

#SetulusIkhlas: Kisah Pemandu Grab Sanggup Redah Hujan Buat Hati Pengacara Ini Tersentuh

Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah dengan membantu sesama manusia. Yang penting, ikhlas. Tak gitu? 

Trending Mon, 13 Aug 2018

Gas Ammonia Bocor, Dua Pekerja Kilang Ais Maut

Kejadian melibatkan kebocoran gas ammonia seperti ini sudah dua kali dilaporkan berlaku setakat ini

Trending Sun, 4 Jul 2021
Trending Mon, 10 May 2021

Gurindam Lebaran Poova Dalam ‘Bersama Di Hari Raya’

Penyanyi Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Cenderawasih. Menurut Poova, ini merupakan pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Raya. […]

Filem Tue, 25 Nov 2025

Guna 97% Tenaga Kerja & Pelakon Sarawak, Filem Azimat Tampilkan Kisah Seram Dalam Garapan Tersendiri

Filem Azimat mengangkat kisah Hanna, seorang gadis yang percaya bahawa seutas rantai azimat mampu mengubah nasib malangnya selepas berjumpa dengan seorang bomoh Iban.

error: Content is protected !!