Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 7:20pm

Puteri Balqis Terkesan Dengan Nasib Mangsa ‘Haruan Makan Anak’, Hulur Sokongan Dari Jauh – “Inilah Realiti Sekarang…”

Pelakon berbakat, Puteri Balqis, menzahirkan rasa kagum terhadap keberanian seorang wanita yang tampil bersuara selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa perbuatan keji ‘haruan makan anak’.

Ketika ditemui XTRA, Puteri Balqis mengakui memahami kesakitan dan trauma yang dialami oleh wanita tersebut, yang pastinya meninggalkan parut mendalam dalam hidupnya.

“Tak ada yang mesej saya bagi tahu dia mangsa, tapi saya nampak video tular itu. Saya tahu apa yang dia rasa. Saya hanya mampu memberi sokongan dari jauh,” katanya.

Menurutnya, tidak mudah bagi seseorang untuk berkongsi pengalaman peribadi yang begitu perit, namun keberanian individu tersebut wajar dipuji.

“Saya admire courage dia sebab dia dapat voice out apa yang dia rasa. Bagi saya itu bukan perkara yang mudah dan dia sangat kuat,” tambahnya lagi.

Walaupun sesetengah pihak menganggap isu dalam drama Keluarga Itu sebagai sesuatu yang sensitif, bagi Puteri Balqis, kisah seperti ini mencerminkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat.

“Mungkin untuk orang lain cerita ini sensitif, tapi sebenarnya inilah realiti yang terjadi di dunia luar. Bukan isu curang saja yang tengah berlaku, anak yang kena ambil kesempatan pun ada,” tambahnya.

Puteri Balqis juga meluahkan rasa gembira apabila masyarakat kini semakin terbuka untuk membincangkan isu-isu sebegini secara lebih terbuka.

“Saya gembira sebab orang dah mula bersuara mengenai isu seperti ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Puteri Balqis, drama Keluarga Itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Datin Seri Umie Aida, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Muaz Zabir, Melissa Campbell, dan ramai lagi.

Keluarga Itu mengisahkan kehidupan seorang tokoh tahfiz bernama Iman, yang disanjung kerana sifat dermawan dan keteguhan imannya. Namun, di sebalik segala kebaikan yang ditonjolkan, tersembunyi satu rahsia gelap dalam keluarganya yang akhirnya terbongkar.

Jangan lupa saksikan Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Trending Tue, 30 Mar 2021

Kumpulan Antarabangsa COLDPLAY Jadikan Malaysia Lokasi Pertama, Taja Interceptor 005

Bagusnya, walaupun nampak kecil tapi besar maknanya ☺

Hiburan Sat, 28 Dec 2019
Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

任贤齐暴肥26公斤!放话10月来马前会瘦下来

任贤齐继去年售罄的演唱会,今年将为歌迷连开两场,于10月19集20日在云顶云星剧场带来《任贤齐2018云顶演唱会》。

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
error: Content is protected !!