Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 21, 2024 @ 6:24pm

[VIDEO] Peminat Minta Kembali ‘Free Hair’, Nur Fazura Tampil Respons – “Masa Tu Dah Berlalu…”

Pelakon dan selebriti jelita, Nur Fazura memaklumkan ramai peminat menghantar mesej di Instagram meminta dirinya untuk membuka hijab seperti dahulu kala.

Bekas isteri aktor, Fattah Amin itu berkata demikian selepas membaca komen salah seorang peminatnya yang menyukai lakonannya dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

“‘Kak Faz (panggilan Fazura), saya baru lepas tengok Manisnya Cinta Di Cappadocia. Letups, semoga Faz dimurahkan rezeki’. Amin, terima kasih. Itu filem kegemaran saya.

“Filem itu juga ramai yang mesej saya di Instagram minta buka tudung macam dulu.  Hmm mengundang. Tidak mungkin terjadi, mudah-mudahan doakan ya. Masa itu dah berlalu,” katanya ringkas.

@xtra_my

Aiyooo, peminat mana ni yang request Fazura free hair? Ish ishhhhhh tapi terbaik cara Faz jawab 😘 #fyp #xtra #fazura #freehair #netizen #minta #beritaditiktok #sembangentertaiment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, Fazura mencuri perhatian selepas dilihat aktif menjawab soalan peminatnya menerusi siaran langsung sama yang secara spontan menjawab pertanyaan peminat melamarnya untuk berkahwin.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu selepas memfailkan cerai pada 13 September.

Sekadar info, bekas pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Lucu! Peminat ‘Lamar’ Ajak Kahwin, Respons Nur Fazura Raih Perhatian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya…

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Cukuplah Hukum Orang, Kerja Allah Jangan Kita Ambil” – Nora Danish 

Bagaimanapun, rata-rata pengikut aktres itu tampil berani menitipkan pesanan meminta agar Nora menegur rakan-rakan ‘Usrah’ nya terlebih dahulu untuk tidak menjadikan isu kontroversi sebagai ‘sindiran berlapik’.

Hiburan Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Status Zahirah MacWilson Sindir Bekas Kekasih?

Heroin drama Jangan Benci Cintaku ini menulis kenyataan seolah menyindir seseorang yang memutar belit cerita dalam masa sama berlakon seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Tue, 19 Feb 2019
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
error: Content is protected !!