Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 9, 2023 @ 12:56pm

Ingin ‘Terus’ Angkat Semangat Wanita, Puteri Sarah Liyana Luah Isi Hati Dalam Lagu

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil dengan buah tangan terbaharu buat peminat menerusi single pertamanya yang berjudul, Terus.

Lagu yang menjadi simbolik untuk dirinya terus kuat menghadapi dugaan hidup itu telah dihasilkan oleh komposer Faizal Ulwi dengan bait lirik dan melodi yang mendalam.

Bukan itu sahaja, lagu ini juga merupakan gandingan pertama kalinya bersama Sarah Fazny dan Zayani yang turut mewakili dirinya.

Menurut Sarah, dia berasa lega lagu ini akhirnya dapat diperdengarkan kepada peminatnya sekali gus ingin membangkitkan semangat buat wanita yang senasib dengannya.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. TERUS memang mewakili isi hati saya.

“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu.

“Sehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.

“Kita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut menjelaskan bahawa lagu tersebut telah dilancarkan pada 8 Mac kerana sempena Hari Wanita Sedunia dan ingin terus ‘move on’ dengan apa yang berlaku.

“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”

“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” jelasnya.

Untuk pengetahuan, Sarah Fazny merupakan penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Legend 2014 yang menjadi protege kepada Datuk Amy Search manakala Zayani pula merupakan peserta program 3 Juara 2016.

TERUS nyanyian Sarah Fazny ft Zayani sudah boleh didengar menerusi semua platform digital secara rasmi bermula 8 Mac.

Manakala, video muzik pula sudah mula ditayangkan di YouTube Indigital Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Hamil Lima Bulan, Shakilla Khoriri Kongsi Tabiat Pelik

Saya lebih suka memasak berbanding makan di luar. Semangat untuk memasak itu luar biasa sejak kebelakangan ini.

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Aznil Nawawi Sedekah RM3,000 Bantu Pendengar Kool FM, Ramai Menangis Dengar Perkongsian Wanita Buntu Cari Duit Menjelang Syawal

Amira berkongsi dia dan suami sedang berusaha keras mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Trending Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Buat Solat Istikharah, Danish Hakim Batal Hasrat Jadi Pelakon

Anak Norman Hakim, Danish Hakim anggap industri hiburan toksik

#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Dibandingkan Dengan Persembahan Mega Lain, Ella Pilih Kekal Tenang & Fokus… Tiket Konsert Sudah Terjual Sebanyak 90%

Tumpuan orang ramai terhadap isu perbandingan itu sebenarnya membuatkan semangat Ella bertambah untuk terus melangkah ke hadapan.

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Saturday Night Celebrating Bee Gees bakal gegar Zepp KL pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025.

error: Content is protected !!