Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2026 @ 4:15pm

Aznil Nawawi Sedekah RM3,000 Bantu Pendengar Kool FM, Ramai Menangis Dengar Perkongsian Wanita Buntu Cari Duit Menjelang Syawal

Pengacara dan penyampai radio terkenal, Datuk Aznil Nawawi sememangnya dikenali dengan sifat pemurah serta gemar berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

Terbaharu, menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram (IG) Kool FM, Aznil, 64, sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiahkan wang tunai berjumlah RM3,000 kepada seorang pemanggil dikenali sebagai Amira.

Dalam rakaman tersebut, Amira berkongsi dia dan suami sedang berusaha keras mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjelang Aidilfitri, namun masih belum mencukupi.

“Suami kerja beberapa tahun tapi tak pernah dapat bonus. Kami pula baru berpindah, saya ikut suami supaya dia dapat dekat dengan ibu bapanya.

“Lagi beberapa hari nak raya, saya dengan suami hanya mampu saling berpandangan.

“Kami bukan susah sangat, tapi kami ada keinginan nak memberi, nak bersedekah. Bila adik-beradik lain salam mak ayah, mesti ada hulur sampul duit.

“Saya tahu suami nak memberi sebab dia seorang yang bertanggungjawab,” luahnya.

Tersentuh dengan perkongsian tersebut, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil tanpa berfikir panjang menyatakan hasrat untuk membantu.

“Amira, kalau Pak Nil nak kirim duit raya untuk ibu bapa, anak-anak dan anak saudara awak, boleh?

“Kalau awak tolak, maknanya awak tolak hajat Pak Nil.

“Pak Nil dah kirim RM3,000 untuk awak. Saya nak raya awak tahun ini jadi raya yang gembira, ya,” katanya.

Amira yang jelas sebak tidak henti-henti meluahkan rasa syukur, malah mengakui tidak menyangka doanya dimakbulkan dalam keadaan yang tidak diduga.

“Saya nak cari RM30 pun susah sekarang. Malam tadi saya berdoa, ‘Ya Allah, pinjamkanlah sedikit daripada kekayaan-Mu kepada kami.

“Gembirakanlah hati kami Ya Allah. Kami dah habis usaha…’

“Saya tak sangka rezeki datang melalui Pak Nil. Tak pernah terfikir,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by koolfmmy (@koolfmmy)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dan meluahkan rasa simpati terhadap nasib Amira.

Malah, ramai yang memuji keikhlasan Aznil dalam membantu, selain mendoakan agar rezekinya terus dilimpahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 1 Dec 2022

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja […]

Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Gaya Di KLFW Dikritik, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) sudah pun berakhir pada 12 Ogos lalu. Di sana, kita dapat saksikan ramai jemputan yang terdiri daripada golongan VIP, artis, fashionista dan ramai lagi.  Kehadiran ramai selebriti pada acara […]

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Events Fri, 17 Aug 2018

Jurnal Minggu Ke-5 : Menarik! Dai’ Dekati Masyarakat Dengan Cara Paling Istimewa

Betul lah orang kata, seseorang boleh menyampaikan dakwah dengan pelbagai cara. Kali ini pendakwah nusantara kita diberi tugasan dengan melebarkan dakwah dengan cara palingistimewa, nak tahu apa dia? kenalah baca artikel ini

Hiburan Fri, 29 Dec 2023
Events Sat, 4 May 2019
error: Content is protected !!