Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 11, 2023 @ 11:56am

Perlu Belajar Bahasa Inggeris, Syafiq Kyle Bakal Muncul Dalam Drama Bersiri Di United Kingdom

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengesahkan bakal muncul dengan sebuah drama bersiri terbitan produksi antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom.

Menurut Syafiq, projek itu adalah adaptasi dari sebuah novel penyiasatan yang berjudul Inspektor Singh dan akan mula menjalani penggambarannya pada Julai ini.

“Saya akan terlibat dengan sebuah siri berjudul Inspektor Singh terbitan produksi United Kingdom dan siri yang diadaptasi dari novel ini pelakon utamanya juga berasal dari London.

“Saya memegang watak sebagai Sarjan Syukur tapi jalan cerita tu maaf, saya tak boleh kongsi lagi,” katanya.

Syafiq Kyle bersyukur terpilih menjadi salah seorang pelakon dalam produksi luar negara itu.

 

 

Syafiq berkongsi perkara itu ketika hadir pada sidang media majlis pelancaran drama Seindah Kasih yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Menganggap ini adalah peluang awal untuk dirinya mengembangkan karier di pasaran antarabangsa, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, mengaku dia perlu belajar bahasa Inggeris untuk drama bersirinya itu.

“Saya kena belajar bahasa Inggeris untuk drama ini, tapi itulah yang dinamakan cabaran, dan saya suka mencabar diri saya sekaligus ambil peluang ini untuk ketengahkan bakat saya kepada luar.

“Untuk diterima dalam drama bersiri ini juga memerlukan saya datang uji bakat dan ada beberapa lagi pelakon Malaysia yang turut sama. Tapi alhamdulillah, saya diterima,” jelasnya.

 

Terdahulu, nama Syafiq mula melonjak selepas drama rantaian popular lakonannya berjudul, Nur mencuri tumpuan rata-rata peminat di Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h

Isu lawak lucah, Lan Pet Pet mohon maaf kepada Nur Fazura.

Featured Mon, 4 Jul 2022

Mahkamah Perintahkan Ira Kaza Tidak Ganggu Puteri Sarah, Perlu Masuk Pembelaan Dalam Masa Sebulan

Nasi sudah jadi bubur 🥲 Moga semua yang terjadi ini dapat beri peringatan kepada semua di luar sana 😊

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Hiburan Tue, 15 Oct 2024
Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Didakwa Tunggang Palestin? Geng Sumud Tampil ‘Back Up’ – “Jangan Jadi Abu Lahab! Kita Tak Patut Bangga Bila…”

Isu ‘terpaling sumud’ dan ‘terpaling Free Palestine’ kembali hangat diperkatakan selepas sepotong video pendek yang dikongsikan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tular.

Events Sat, 31 May 2025
error: Content is protected !!