Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 6, 2024 @ 6:00pm

Selepas 20 Tahun, Jaclyn Victor Tampil Dengan Konsert Solo Pertama Oktober Ini! 

Penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor menyifatkan penganjuran konsert solo pertamanya iaitu Jaclyn Victor First Solo Concert adalah momen terpenting dalam kariernya.

Sepanjang dua dekad mengabdikan diri dalam dunia nyanyian, Jaclyn atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berkata, konsert solo pertamanya itu ibarat peluang besar untuknya terus mengorak langkah maju.

“Saya rasa ia akan jadi detik yang paling penting dalam hidup saya. Saya masih mahu buat banyak perkara lagi sepanjang karier saya tetapi sudah tentu konsert ini adalah sesuatu yang besar.

“Saya anggap saya masih seorang yang baru sebab saya tak mahir dalam media sosial. Jadi saya selalu bersyukur masih berdiri teguh dalam industri.

“Masih banyak peluang yang harus saya terokai dan kecapi,” ujarnya kepada pemberita.

Pelantun lagu hits Gemilang itu turut berkongsi momen awal dia merencanakan konsert yang bakal berlangsung pada 12 Oktober kelak.

Malah, Jaclyn turut bersedia untuk menghiburkan peminatnya yang sekian lama menantikan konsert tersebut.

“Saya sentiasa risaukan apa yang mendatang, bukan bermakna tidak ada keyakinan tapi saya tetap manusia biasa.

“Walaupun saya seorang yang positif, dalam masa sama saya selalu fikir apa yang akan terjadi sebaliknya.

“Saya sangat bersyukur, kerisauan itu semakin kurang dan dua dekad dalam industri adalah pencapaian terbesar saya jadi saya sudah bersedia,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Jaclyn yang pernah mencipta fenomena apabila muncul sebagai Juara Malaysian Idol itu mengakui banyak mendapat tawaran mengadakan konsert namun terpaksa menolak.

“Saya nampak sokongan melalui peminat saya, mungkin juga sebab faktor umur, zaman sekarang semuanya pantas di media sosial.

“Tahun lalu, saya ada dapat tawaran untuk buat konsert bersama artis lain tapi saya fikirkan tahun 2024 adalah tahun ke-20 saya dalam industri, jadi memang saya nak buat.

“Jadi bila idea tersebut muncul saya terpaksa tolak tawaran tersebut, banyak juga yang saya tolak sebab saya rasa masa tersebut tak sesuai dengan saya,” kongsinya.

Berkongsi lanjut, Jaclyn turut menjanjikan yang terbaik dalam memberi kepuasan kepada penonton malah akan membawa kelainan.

“Tempoh hari saya berpeluang menonton konsert Siti Nurhaliza, ia sangat menakjubkan, dia juga banyak buat konsert jadi banyak yang perlu belajar daripada dia.

“Saya juga kagumi Aina Abdul kerana dia berani untuk adakan konsert, saya rasa banyak yang perlu diambil daripada mereka ini tetapi kami sentiasa mahukan kelainan.

“Itulah yang terbaik bila kita berpeluang dapat bersama dalam konsert mereka, saya tak boleh kongsikan lagi apa kelainan yang bakal dibawa nanti,” kongsinya.

Jaclyn Victor First Solo Concert bakal berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur dan tiket mula boleh dibeli di www.livepass.asia.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Fri, 1 Apr 2022

#HelloPadin: Sambut Ketibaan Ramadan Dengan Seikhlas Hati

Sambut Ramadan dengan Seikhlas Hati!

Trending Mon, 29 Jun 2020

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Baca info ni betul-betul

Featured Thu, 17 Jul 2025

Lakukan Amang Seksual, Ustaz Selebriti Didedah Nurul Izzah Sudah Didakwa

Pihak polis telah menerima lapan laporan membabitkan individu terbabit.

Hiburan Mon, 30 May 2022

“Saya Mahu Dia Dianggap Sebagai Seseorang Yang Saya Hargai” – MK K-Clique Masih Belum Berkahwin

MK mengaku belum berkahwin namun mempunyai seseorang yang dia hargai didalam hidupnya.

Hiburan Tue, 13 May 2025

Kisah Seram Ikonik Diangkat Ke Layar Perak… Saksikan ‘Misteri Fraser 1910’ Di Pawagam 26 Jun Ini!

Filem terbitan Millionaire Film Production Sdn Bhd ini diinspirasikan daripada sejarah sebenar kehilangan Louis James Fraser.

Hiburan Mon, 14 Oct 2024
error: Content is protected !!