Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 14, 2023 @ 12:08pm

Roslan Shah Dedah Uqasha Senrose, Kamal Adli Pernah Terima Mesej Ugutan Pada Hari Perkahwinan – “Aku Mesti Seksa Dia Habis-Habisan…”

Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mendedahkan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli menerima mesej ugutan pada hari perkahwinan mereka.

Memetik laporan Kosmo, dia memberitahu mesej tersebut dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Uqasha dan Kamal.

“Kami dimaklumkan oleh salah seorang admin Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan tersebut yang diterima pada hari perkahwinan mereka.

“Namun, apa motif mesej tersebut dihantar oleh individu itu masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa selebriti untuk menyertai ekspo di Singapura tersebut, dia tidak menyesal namun berharap keselamatan diperketatkan selepas ini.

“Saya tidak rasa kesal pun sebab niat saya cuma bawa selebriti Malaysia ke sana mencari rezeki. Tiada siapa pun mahu kejadian tersebut berlaku.

“Saya harap selepas ini pihak penganjur akan perketatkan keselamatan termasuk untuk peniaga dan pengunjung. Ada kemungkinan juga untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan,” ujarnya.

Roslan juga memberitahu lokasi penginapan mereka di Singapura terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Sep 2020

COVID-19: 100 Kes Baru Dilaporkan, Tiada Kematian Terbaru

Jumlah angka terkini catat sejarah!

Featured Tue, 26 Apr 2022

“Ambil Je Mana-Mana, Tak Kisah Harga” – Nur Fazura Habis Puluhan Ribu Belanja Pekerja Beg Jenama Mewah

Alhamdulillah, syoknya dapat beg Coach! Moga murah rezeki selalu Faz..

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

Trending Mon, 7 Jun 2021
Gaya Hidup Mon, 4 Mar 2024

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Ramai terpaksa cari pendapatan tambahan

Featured Mon, 9 Jul 2018
Trending Fri, 16 Feb 2018

JUMPA DOMPET DI PETRONAS, LIHAT APA LELAKI INI LAKUKAN!

Dalam status berkenaan, Izz meminta rakan-rakan di laman Facebook beliau untuk menjejaki pemilik wallet berkenaan dan meminta status itu diviralkan. Hasilnya? Lihat gambar di atas.

Hiburan Sat, 24 Mar 2018

Katanya Abam Kongkong Isteri Selepas Kahwin !

Betul ke Abam kongkong isterinya selepas berkahwin atau ada sebab disebaliknya? Pasti ada sebab kalau betul

error: Content is protected !!