Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Khairil Khusyairi March 4, 2024 @ 6:15pm

Kos Sara Hidup Punca Banyak Perceraian Di Selangor

Kos sara hidup tinggi antara menjadi punca utama perceraian di negeri Selangor seperti yang dimaklumkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Agama Islam negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup mendatangkan pelbagai kesan buruk.

“Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan, maka rakyat perlu keluar mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi.

“Disebabkan kesibukan bekerja, masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan, terutama bagi mereka yang berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dengan berlakunya perceraian,” katanya.

Tambah Mohammad Fahmi, migrasi dalaman penduduk Malaysia dan luar negara ke Selangor disebabkan peluang pekerjaan telah mendorong kadar komposisi penduduk meningkat.

Bagaimanapun katanya, kerancakan ekonomi dan pembangunan pesat itu menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di Selangor.

“Penduduk luar negeri Selangor yang bernikah di luar negeri Selangor dan kemudiannya bekerja dan bermastautin di Selangor sudah tentunya akan mendaftarkan perceraian mereka di Selangor.

“Ini kerana setiap masalah berkaitan institusi kekeluargaan yang timbul akan didaftarkan dan diselesaikan berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di tempat mastautin pihak yang memohon,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyifatkan informasi berkaitan hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga yang banyak dikongsikan melalui platform media sosial juga menjadi faktor kepada masyarakat untuk lebih memahami hak dan tanggungjawab mereka dalam rumah tangga.

“Akses kepada perkhidmatan Peguam Syarie sama ada yang disediakan oleh agensi kerajaan ataupun swasta dilihat banyak membantu masyarakat di Selangor mendapatkan hak mereka melalui sistem kehakiman dan perundangan yang betul, seterusnya menyumbang kepada jumlah perceraian tinggi di Selangor,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) mencadangkan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan oleh pakar penyelidik daripada mana-mana institusi atau agensi untuk mengenal pasti punca perceraian utama.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Jun 2022

“Kami Dah Sah Berpisah Tapi Tetap Berkawan” – Bad Indigo dan Ashira Tidak Lagi Bersama

Bad Indigo dan Ashira mendedahkan mereka tidak lagi bersama, tetap masih berkawan.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan.

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan

Featured Mon, 20 Mar 2023
error: Content is protected !!