Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 20, 2023 @ 9:30pm

Bakal Raikan Golongan Anak Yatim, Khai Bahar Kenang Pernah Hidup Susah – “Inilah Masanya Untuk Saya Beri Balik”

Penyanyi Khai Bahar mahu berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan, terutamanya golongan anak yatim.

Khai atau nama senenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 28, mengimbau kembali saat dirinya juga mengalami nasib kurang senang suatu ketika dahulu.

Khai berkerjasama penganjur XUTFilm Studio bakal meraikan anak-anak yatim dengan mengadakan majlis berbuka puasa bersama peghuni rumah kebajikan Raudhatul Al-Faeez pada Ramadan ini.

“Saya sendiri teringat apabila saya juga bukan datang daripada keluarga senang. Bila dapat rezeki macam ini, saya rasa inilah masanya untuk saya beri balik dengan apa yang saya dah miliki sekarang.

“Rezeki yang saya dapat ini bukan saya dapat sepenuhnya, ia adalah doa orang diluar sana. Saya rasa ada peluang bagi saya dan orang lain juga. Sambil kita berpuasa, kita beramal.

“Ini adalah salah satu cara kita untuk membantu mereka yang memerlukan” katanya.

Tambah pelantun lagu Sengsara ini, dia menyifatkan setiap kebaikan yang dilakukan adalah percuma tanpa memerlukan bayaran.

“Saya rasa untuk buat kebaikan ini tak perlukan bayaran, bagi saya banyak cara yang boleh kita buat sebab ianya percuma.

“Kalau kita tak mampu beri duit, kita boleh buat dengan cara memberi kesederan kepada orang untuk berbuat baik,” tambahnya.

Dalam pada itu, Pengurus Projek mewakili XUTFilm Studio, Shahriz Taher, memaklumkan objektif program ini bagi meraikan anak-anak yatim sekaligus menggalakkan orang ramai untuk berbuat kebaikan dengan meraikan golongan tersebut.

“Julung kalinya kami menganjurkan program ini dan kami mahu berkongsi kegembiraan, apatah lagi menjelang Aidilfitri. Dengan ini, kami mahu membuka peluang orang ramai wakaf pahala dengan memberi sumbangan secara individu kepada rumah kebajikan ini.

“Kami tak target penuh atau taktapi ini inisiatif kami sendiri untuk mengumpul orang mengumpul pahala dalam bulan Ramadan,” ujar Shahriz.

Majlis berbuka puasa bersama Khai Bahar bagi meraikan anak yatim dan miskin Raudhatul Al-Faeez bakal diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, Kuala Lumpur pada 14 April depan.

Tiket dijual secara individu atau meja bermula RM208 hingga RM478 dan boleh dibeli menerusi talian 01170270028.

Foto kredit: Shiddiqin Zon / Media Mulia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jun 2022
LIFESTYLE Wed, 14 Feb 2018

INI MUNGKIN IDEA VALENTINE UNTUK SI DIA

Kami kongsikan serba sedikit idea untuk kamu berikan pada yang tersayang. Pastinya si dia tersenyum lebar sepanjang hari…

Featured Wed, 28 Aug 2019
Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Wed, 31 Jan 2024

Heboh Gosip Mawar Karim Dah Berkahwin? Fizo Omar Tumpang Gembira – “Saya Ada Dengar, Tapi Selebihnya Tanya Dia”

“Tidak sesuai untuk saya bercakap tentang hal itu kerana saya hanya bekas suami” – Fizo Omar

Contest Fri, 15 Feb 2019

xtra好康头 | 送你去看刘若英「跟我走」世界巡演–云顶站

xtra好康头 将送你刘若英「跟我走」世界巡演入门票,让你沉浸在一系列令人难忘的歌曲。

Trending Thu, 18 Mar 2021

Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Cukai Baharu – Tengku Zafrul

Kerajaan tertumpu untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara…

error: Content is protected !!