Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 5, 2020 @ 11:06am

Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Sehingga…

Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tiga bulan lagi.

Penangguhan bayaran balik 1 Oktober ini

Tambahnya lagi, semua peminjam akan mendapat penangguhan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Disember dengan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta.

Manakala, jumlah keseluruhan penangguhan bayaran balik dianggarkan sebanyak RM 1.13 bilion yang menjadi sebahagian langkah dalam Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Lanjutan penangguhan secara automatik atau…

Bagi semua peminjam PTPTN, mereka akan diberikan lanjutan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

Namun, sekiranya peminjam yang ingin meneruskan pinjaman mereka boleh berbuat demikian melalui saluran bayaran balik secara dalam talian yang disediakan.

Bagaimanapun, Noraini berharap pengumuman itu mampu meringankan beban ditanggung dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-21933000 dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari laman web www.ptptn.gov.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Fri, 27 Dec 2024

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Sasha abdul aziz respons isu pokok krismas dalam rumah

Trending Tue, 5 Jan 2021
Hiburan Fri, 6 Feb 2026

“Orang Banyak Cakap Biasanya Kosong” – Risteena Kongsi Pendapat Di Threads, Tapi Lain Pula Telahan

Netizen mempersoalkan sama ada ciapan itu mempunyai kaitan dengan kenyataan suaminya, pelakon Isa Khan

Featured Thu, 24 Jun 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Julai 2021 Dan Cara Semak (Bulan Terakhir Kategori 2)

Isu i-Sinar masih lagi menjadi perdebatan hangan netizen di laman sosial. Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar? Baca artikel berkaitan : […]

error: Content is protected !!