Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 6, 2024 @ 4:51pm

[VIDEO] Comelnya Muhammad Jibril! Rupanya Dah 7 Bulan Fatin Afeefa & Opai Sambut Kelahiran Baby Boy

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang mendedahkan mereka sudah menerima kehadiran anak pertama yang kini memasuki usia tujuh bulan.

Menanti waktu sesuai untuk mengumumkan berita kepada semua, Aliff atau Opai dan isteri enggan terburu-buru memberitahu khabar baik terbabit.

“Ada dua perkara yang orang tak tahu, esok majlis akikah anak kami. Saya rasa tak kurang 10 orang sahaja tahu tentang hal ini.

“Kami tenang sahaja, jadi ibu dan relaks sahajalah. Ini anak kami berdua. Alhamdulillah sudah tujuh bulan,” katanya menerusi sebuah hantaran Instagram.

Mengambil keputusan mendedahkan berita mengenai anak mereka memandangkan permata hati sudah semakin membesar, Aliff kini banyak menghabiskan masa bersama cahaya mata sulungnya.

“Kenapa baru sekarang nak beritahu pasal anak sebab mak dan isteri saya dah bising anak dah nak besar. Takkanlah tak boleh beritahu yang kami sudah ada anak.

“Kenangan indah menjadi seorang bapa. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menghabiskan masa untuk menikmati momen-momen indah bersama anak-anak,” ujarnya.

Menerusi kemas kini terbaharu yang dikongsikan oleh akaun Instagram milik Glam Hall, Mahligai Creative dan Melodi TV3, Fatin dan Aliff meraikan majlis akikah anak lelaki yang diberi nama Muhammad Jibril.

Pada Mei lalu, Fatin memilih untuk mengunci mulut susulan dakwaan sudah melahirkan anak ketiga.

Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022 dalam sebuh majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan kedua itu, pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 7.

Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber video: Instagram Glam Hall, Mahligai Creative & Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Tue, 15 Jul 2025
Trending Tue, 8 Sep 2020
Hiburan Tue, 5 May 2026

Izreen Azminda, Intan Saleh Akhirnya Berbaik… Selesai Pertikaian Di Mahkamah – “Harapnya Hubungan Terjalin Lebih Terpelihara Demi Kebahagiaan Bersama”

Intan dan Izreen masing-masing meluahkan rasa lega dan syukur apabila segala salah faham membabitkan isu antara mereka mencapai kata sepakat. 

Hiburan Sun, 26 May 2019
Trending Tue, 3 Dec 2019

How Many Eggs Can I Eat In A Day? Will Eating Two Gives Me Cholesterol?

Some cook them, some consume it raw. Eggs are good source of healthy protein, but are they really?

error: Content is protected !!