Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana April 20, 2023 @ 5:32pm

Gabungan 4 Suara Bakal Memeriahkan Aidilfitri Dengan ‘Raya 4 Suara’

‘Raya 4 Suara’ menyatukan kepaduan suara daripada 4 remaja iaitu Aiman Coco, Armand Ezra, Faiz Najib dan Firdaus ML.

Perbezaan dan keunikan suara mereka yang tersendiri maka terhasillah lagu raya yang berkonsepkan ‘Catchy Pop’ dan ‘Rap’ yang bakal menceriakan para pendengar di pertengahan bulan Ramadan tahun ini di bawah laungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Music Entertainment.

Keistimewaan lagu ‘Raya 4 Suara’, di hasilkan oleh RR Music Entertainment, dengan gubahan daripada HerdaSyira dan penulis lagu oleh HerdaSyira dan Munir Mustafa.

Lagu ini menceritakan tentang kemeriahan hari raya bersama kaum keluarga seperti kebiasaan lagu-lagu raya yang lain tetapi kali ini mempunyai sedikit berbeza kerana cuba menonjolkan ‘trend’ terkini bagi memenuhi citarasa pengguna yang aktif di platform sosial media.

Menurut Aiman Coco, lagu ‘Raya 4 Suara’ ini seperti mimpi di siang hari kerana proses rakaman yang cepat seperti rakaman audio dan muzik video.

“Pada awalnya saya sangka mengambil masa yang lama dalam menghasilkan lagu sekali muzik videonya. Rupanya prosesnya seperti sepantas kilat dan saya rasa sangat bersyukur dan teruja lagu ini bakal dikeluarkan pada pertengahan bulan Ramadan tahun ini. Semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.

Firdaus ML mengatakan bahawa persiapan lagu tersebut amatlah mudah dan semuanya berjalan dengan lancar dari segi lirik lagu dan rakaman.

“Saya rasa persiapan yang kami lakukan amatlah mudah buat kami semua dari segi lagu dan liriknya yang sangat ‘catchy’ untuk didengar membuatkan kami mudah untuk menghafal. Dari segi rakamannya juga mudah dari segi masa, seolah-olah lagu ini membuahkan sinar harapan raya kali ini,” ujarnya.

Bagi Faiz Najib pula, dia suka dengan lagu ‘Raya 4 Suara’ kerana konsep lagu ini moden dan ‘catchy’ tetapi masih mengekalkan elemen-elemen lagu lama dari situ pendengar dapat mengimbau pengalaman manis dalam menyambut hari raya.

“Menarik walaupun dia masih mengekalkan elemen lagu raya lama, kita menginovasi dengan elemen rap supaya sesuai dengan dengan pelbagai lapisan pendengar. Selain itu, keutamaan kami agar lagu ini akan menjadi trending pada raya tahun 2023 ini,” balas Armand Ezra.
‘Lagu 4 Suara’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Aku Akan Tolong Adik-Beradik Yang Susah Sampai Semua Berharta” – Kak KM

Kak KM tak sanggup tengok adik-beradik dalam keadaan susah

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Alan Walker Believes Malaysia is Making a Great Impact on the Environment

He hopes that we will continue to contribute towards the environment!

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

5 Kesan Negatif Sekiranya Anda Membeli Telefon “Clone”

Hampir semua telefon pintar diklonkan. Sekali pandang, telefon tiruan ini tiada bezanya berbanding dengan yang asli. Harganya juga jauh lebih murah.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

“Saya Taknak Sorok Benda Baik” – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose katanya ingin mendirikan rumah tangga bersama jutawan muda, Hafiz. Layari www.xtra.com untuk lebih lanjut….

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Faizal Tahir Mahu Bersara?

Satu hal mengenai album ini, ia adalah album saya yang terakhir

Featured Tue, 27 May 2025

Isu Dimarahi Guru, Sajat Tampil Pertahan Anak Saudara – “Jangan Tengking Macam Tu! Dia Dari Keluarga Tak Sempurna”

Warganet tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan sebagai pilih kasih.

Featured Mon, 6 Mar 2023
error: Content is protected !!