Trending By: Fatin Nurain May 20, 2024 @ 2:31pm

Isu Blockout: Aaron Aziz Titip Pesanan Kepada Penggiat Industri – “Tak Perlu Tergesa-Gesa Nak Buktikan Kebenaran”

“Simpan sendiri sahaja dan jangan libatkan diri,” demikian pesanan pelakon Datuk Aaron Aziz kepada selebriti tanah air yang terkesan dengan gerakan Blockout 2024 yang giat dijalankan dalam kalangan warganet, sejak kebelakangan ini.

Menurut Aaron, sebagai artis, mereka tidak perlu cepat melatah dengan kecaman yang diterima dari netizen, kerana pada akhirnya hanya Sang Pencipta yang tahu usaha mereka menunjukkan solidariti terhadap isu Palestin.

“Saya tengok Blockout ini start dekat luar negara. Yang menggerakkan gerakan itu pun orang bukan muslim, melihat mereka betul-betul sokong pergerakan ini saya rasa itu satu perkara yang bagus.

“Apabila gerakan itu dijalankan di sini, saya sarankan don’t get involved ataupun biar apa yang orang nak katakan. Kalau kita tengok ada juga artis yang tak ambil endah dengan apa netizen cakap. Biarlah orang cakap buruk pasal kita.

“Tak perlu tergesa-gesa nak buktikan yang kita betul. Sebab pada akhirnya, itu antara kita dengan Allah. Tak perlu buktikan kepada manusia. Bukan sahaja dalam aspek ni, dalam aspek yang lain juga,” jelasnya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aaron ketika ditemui di majlis tayangan perdana The Experts yang berlangsung di Sunway Velocity Mall, Jumaat lalu.

Tambah Aaron, isterinya, Diyana Halik sering mengingatkannya untuk tidak memberikan sebarang komen demi tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Kadang-kadang saya geram juga dengan komen orang. Tapi isteri saya selalu ingatkan saya untuk tak layan setiap komen tersebut. She is my big alarm clock. Kalau tidak dibalas komen itu ia akan habis di situ sahaja.

“Saya pun selalu nasihatkan pada pendatang baru yang tanya, macam mana nak bawa diri dalam bidang ni. Saya kata kalau masuk dalam bidang ni dan nak dipuji kita kena terima segala kritikan dan kutukan tu. Siapa yang tak suka dipuji, semua orang suka dipuji. Tapi tak semua orang suka kita,” katanya.

Ditanyakan mengenai pandangannya terhadap sesetengah selebriti yang tidak bersuara mengenai isu Palestin, Aaron enggan membuat spekulasi, sebaliknya menganggap mereka memilih untuk menunjukkan solidariti secara tertutup.

“Saya tak boleh nak cakap kenapa dia tak bersuara kepada Palestin sebab saya tak tahu kenapa dia tak bersuara atau pun mungkin dia bersuara tapi bukan di media sosial,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul menerusi filem The Experts yang mengetengahkan genre aksi heist yang akan ditayangkan pada 23 Mei ini.

Selain Aaron, filem terbitan Astro Shaw itu juga bakal dibintangi oleh Mimi Lana, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Ray Dap Dap dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Filem Sun, 5 Apr 2026

Dikritik Kurang Aksi Lumba Motor, Ini Respons Pengarah Malaikat Malam

Pengarah Nazifdin Nasrudin tampil menjawab kritikan yang mendakwa Malaikat Malam kurang memaparkan elemen perlumbaan motosikal walaupun mengangkat watak ‘mat motor’.

Featured Fri, 27 Feb 2026

Fazura Puji Que Haidar Lelaki ‘Green Flag’ – “Dia Beradab, Tak Suka Menunjuk & Ada Kualiti Yang Saya Suka”

Fazura sifatkan Que Haidar sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’ dan merendah diri.

Trending Sun, 17 Feb 2019

Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Setahun Nyaris Maut, Bapa Salah Bancuh Susu Campur Dengan Serbuk Racun Lipas

Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Featured Thu, 21 Nov 2024

Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

Aisha Retno mengaku menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peguam yang ingin membantunya berhubung konflik yang berlaku.

error: Content is protected !!