Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2023 @ 12:52pm

“Moga Nafkah Anak-Anak Takkan Putus” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Fail Cerai?

Reda menerima takdir dan ketentuan Tuhan, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri,29, akhirnya dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Selangor pada Isnin.

Perkara itu dikongsi Shuhada menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya apabila dia dilihat hadir mengenakan busana berwarna hitam sambil berdiri disebalik bunting yang tertera tulisan ‘kes cerai fast track’.

Malah, Shuhada juga seakan-akan berdoa agar nafkah anak-anaknya takkan terputus dengan perniagaan yang bakal diusahakannya kelak.

“Semoga nafkah anak anak tak kan putus. Aminnn Ya Mujib,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

 

Sebelum ini, Shuhada memaklumkan, isu perceraian adalah titik terendah dalam hidupnya.

Bahkan, dia mengaku sukar untuknya membuat keputusan sama ada untuk mempertahankan rumah tangga atau mengambil keputusan untuk berpisah sebelum ini.

“Saya mengaku tak dapat buat keputusan sama ada nak mempertahankan rumah tangga atau walk away.

“Tapi saya betul-betul minta dan berserah kepada Allah. Saya memang tak nak ada expectation langsung, sebab kalau saya letakkan kepercayaan kat Hafidz atau sesiapa, nanti saya juga yang akan kecewa. Jadi, follow the flow,” katanya.

 

Difahamkan, pada 1 Mac 2023, sebutan kes perceraian antara Hafidz Roshdi dan bekas isterinya akan berlangsung sekaligus ia juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Shuhada yang ke-30.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Oct 2018

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.

Featured Thu, 23 Apr 2020
Trending Sun, 28 Jan 2018

Syarikat Kilang Makanan Jual Laksa Ada Asid Benzoik

‘Laksa Pendek’ yang didapati menggunakan asid benzoik boleh menyebabkan alahan atau radang serta penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang.

Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Featured Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Sat, 16 Nov 2024
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Hiburan Mon, 29 May 2023

Sebaknya! Gelagat Anak Bongsu Shuk Sahar Enggan Berpisah Buat Ramai Tersentuh

Alahaiiii, anak mana yang tak sebak kalau berpisah dengan ayah dia🥲

error: Content is protected !!