Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 22, 2025 @ 12:39pm

Tampil Single Perjalanan… Kolaborasi Ernie Zakri, Andi Rianto Lahirkan Lagu Sarat Penghayatan

Penyanyi bersuara mantap, Ernie Zakri, kembali dengan sebuah karya segar berjudul Perjalanan hasil kerjasama istimewa dengan komposer dan produser terkenal Indonesia, Andi Rianto.

Dengan lirik nukilan Ernie sendiri serta komposisi dan produksi muzik daripada Andi, lagu ini menyatukan penceritaan yang kuat dengan melodi yang sarat perasaan.

Perjalanan menggambarkan kisah hidup, pengalaman dan dugaan yang ditempuhi kedua-dua artis sepanjang meniti kerjaya dalam industri hiburan.

Dengan melodi yang penuh emosi dan lirik yang tulus, karya ini hadir sebagai renungan serta penghormatan terhadap perjalanan setiap individu.

Ernie berkata idea menghasilkan lagu ini hadir ketika sesi awal kerjasama.

“Lagu ini bermula apabila Andi minta saya tulis lirik yang betul-betul datang daripada diri saya. Ketika itu kami sama-sama terkenang perjalanan hidup yang penuh cerita. Dari situlah kami putuskan untuk membina lirik berdasarkan pengalaman masing-masing,” kata Ernie.

Bagi Andi, inspirasi komposisi Perjalanan berakar daripada sosok Ernie.

“Inspirasi utamanya memang Ernie Zakri. Saya nampak dia sudah melalui pelbagai fasa dan pelajaran dalam industri dan saya rasa inilah masa paling sesuai untuk dia bawa lagu seperti Perjalanan,” kata Andi.

Proses penciptaan lagu juga berlaku secara spontan dan sangat natural.

“Everything happened spontaneously. Masa workshop, saya terjumpa melodi yang rasa paling tepat dengan kisah Ernie. Kami berbincang tentang konsep dan semuanya mengalir dengan lancar. Sangat seronok bekerja begitu,” kata Andi lagi.

Mengenai pengalaman bekerjasama dengan Andi, Ernie mengakui prosesnya jauh lebih mudah daripada jangkaan.

“Kerja dengan Andi sangat senang. Saya sangka akan ada banyak panduan ketat, tapi rupanya tidak. Dia sangat hormat ruang kreatif saya.

“Dia bagi saya kebebasan menulis cerita sendiri, malah dia cakap dia lebih suka mencipta melodi berdasarkan apa yang saya tulis. Walaupun ada sentuhan Andi Rianto, jiwa lagu ini masih karakter saya. Itu tidak berubah,” katanya.

Ernie berharap pendengar dapat menemui pengertian melalui karya ini.

“Saya harap lagu ini dapat sentuh hati semua orang. Setiap orang ada perjalanan masing-masing, ada masa susah dan ada masa senang.

“Terus percaya akan ada cahaya di penghujung jalan dan sentiasa buat baik, sebab kita tak tahu apa yang orang lain sedang tanggung,” ujar Ernie.

Sebagai produser, Andi turut menekankan elemen terpenting dalam lagu ini.

“Bagi saya, kekuatan muzik di sini terletak pada vokal Ernie Zakri. Saya suka warna suara dia, teknik dia, tapi paling utama adalah rasa yang dia sampaikan. Dia sangat hidup bila menyanyi, dan itu yang saya nak tonjolkan.

“Cabaran utamanya adalah memastikan semua orang dapat lihat betapa kuatnya bakat Ernie Zakri, bukan saja sebagai vokalis tetapi juga sebagai penulis. Itu yang saya mahu orang rasa melalui Perjalanan,” kata Andi.

Ernie turut berkongsi perancangan selepas pelancaran lagu ini.

“Selepas ini saya akan adakan fan meeting. Saya nak buat sesuatu yang lebih dekat dengan peminat, supaya mereka boleh dengar karya-karya saya secara lebih intim, termasuk lagu baharu,” katanya.

Selain itu, Perjalanan menjadi lebih bermakna apabila dipilih sebagai OST drama terbaharu TV3, Cinta Anak Lorong.

Vokal Ernie yang bertenaga emosinya bersama susunan muzik yang dramatik dijangka melengkapkan kisah drama tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 May 2022

“Selepas Lebih 100 Hari Di NICU, Anak Perempuan Kami Akhirnya Pulang Ke Rumah” – Anak Priyanka Chopra Lahir Pra-Matang

Selepas lebih 100 hari di NICU kerana lahir pra-matang, akhirnya anak Priyanka dan Nick pulang ke rumah.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Events Wed, 31 Oct 2018

Is IKEA Also Joining in on the 11.11 Sale Hype?

Seems like it’s time to go furniture shopping soon!

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

Featured Sun, 10 May 2026

Netizen Dakwa Nabila Huda Berlakon ‘Biasa Je’, Puteri Aishah Tampil Backup – “She Is Very Talented! Kalau Tak Pernah Berlakon Jangan Judge”

Puteri Aishah tampil mempertahankan Nabila Huda selepas seorang individu mendakwa lakonan aktres berkenaan sekadar ‘biasa sahaja’.

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Sasterawan Negara, Prof. Shahnon Ahmad Meninggal Dunia

Sasterawan negara, Profesor Emeritus Datuk Shannon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun. Menurut laman Facebook Dewan Sastera, Shannon menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8 pagi selasa di Hospital KPJ, Kajang. Anank bongsunya, Asrulsani, 54, […]

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Hiburan Sun, 18 Aug 2024
error: Content is protected !!