Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 25, 2025 @ 2:46pm

[VIDEO] Tiga Kategori Tiket ‘Sold Out’, Misha Omar Terharu Sokongan Luar Biasa Peminat

Penyanyi tersohor, Misha Omar, meluahkan rasa terharu apabila sambutan terhadap konsert solo berskala besarnya, DiA Misha Omar, yang dijadual berlangsung pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, menerima sambutan luar biasa sejurus jualan tiket dibuka.

Menariknya, hanya dalam tempoh kurang 20 minit selepas jualan bermula pada jam 10 pagi tadi, tiga kategori tiket dilaporkan habis terjual, sekaligus mencerminkan keterujaan tinggi peminat yang menanti kemunculan istimewa penyanyi berkenaan.

Menerusi siaran langsung di Instagram (IG) miliknya pada Jumaat, Misha atau nama penuhnya Samihah @ Aisah Omar, 43, mengakui tidak menyangka permintaan terhadap tiket konsertnya begitu memberangsangkan.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sehebat ini. Saya sentiasa percaya bahawa diri saya ini masih dalam proses pembelajaran.

“Apabila diberitahu ada kategori tiket yang sudah habis dijual, saya benar-benar terkejut dan sangat berterima kasih,” katanya.

Pelantun lagu Sampai Bila itu berkata, sesi siaran langsung berkenaan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang telah mendapatkan tiket, selain mahu berkongsi keterujaan menjelang konsert berkenaan.

“Saya buat siaran langsung ini kerana ingin melihat sendiri siapa yang sudah mendapat tiket. Tetapi, melihat semangat dan keterujaan kawan-kawan (peminat) semua untuk hadir membuatkan saya rasa amat terharu,” luahnya sebak.

Mengulas lanjut, penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu turut menyifatkan sokongan berterusan daripada peminat selama lebih dua dekad sebagai sumber kekuatan dalam meneruskan perjuangan seninya.

“Ramai mengatakan saya memberi inspirasi, tetapi sebenarnya saya yang membesar dan terus berkembang kerana anda semua. Kepercayaan yang diberikan ini sangat saya hargai dan saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan ini. Ia satu nikmat yang besar,” ujarnya.

Misha turut memaklumkan konsert DiA hanya akan berlangsung untuk satu malam sahaja, namun turut berjanji akan memberikan persembahan terbaik yang pernah dipentaskan dalam karier seninya.

“Saya tahu saya tidak dapat menganjurkan konsert dua hari berturut-turut, tetapi saya mahu pastikan satu malam ini menjadi persembahan yang paling jujur dan bermakna buat semua,” katanya lagi.

Mengangkat tema penghargaan terhadap perjalanan seni selama lebih 20 tahun, DiA Misha Omar bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya satu momen bermakna yang mempertemukan Misha bersama peminat yang membesar bersama karya-karya unggulnya.

Tiket konsert kini boleh dibeli menerusi laman rasmi https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar dengan harga bermula RM288 hingga RM1,200.

Artikel Berkaitan: Bakal Gegar Mega Star Arena 29 November Ini, DiA Misha Omar Jadi Riwayat Cinta Peminat

Artikel Berkaitan: Misha Omar Akui Gementar Rakam Lagu ‘Break’, Teruja Dapat Bekerjasama Dengan Idola Sendiri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Hidup Ini Ada Penutupnya Juga” – Demi Keluarga, Misha Omar Pernah Terdetik Untuk Bersara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Sep 2019

Kesiannya Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian

Staf Penjara Didakwa Hanya Tinjau Dari Luar Sel , Kenapa Kejamnya!!

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

Hiburan Mon, 9 May 2022

“Saya Nak Jenguk Rumah Saya Di Sana, Dah 2 Tahun Ditinggalkan…” – Baby Shima Bakal Terbang Kembali Indonesia

Baby Shima akan meneruskan kerja-kerja tertangguh di rumah keduanya, Indonesia.

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Hiburan Tue, 11 Nov 2025

“Saya Memang Fun, Tapi Tak Sempat Nak ‘Kacip’ Kat Media Sosial” – Farah Lee

Farah Lee tak borak ‘kacip’, mahu anak muda membesar jadi pemimpin

familuv Fri, 24 Feb 2023
Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

error: Content is protected !!